Cara Mohon Kebenaran Perjalanan Rentas Negeri Melalui APP Gerak Malaysia

Polis Diraja Malaysia hari ini telah memperincikan malklumat pergerakan rentas negeri yang akan berlaku pada 7 Mei hingga 10 Mei 2020. Menurut pihak mereka, kebenaran ini hanya diberikan sekali sahaja untuk rakyat pulang ke kediaman masing-masing dan bukannya untuk pulang ke kampung.

Ada dua cara untuk mohon kebenaran tapi yang paling mudah adalah melalui APP Gerak Malaysia yang boleh dimuat turun di:

Cara untuk mohon kebenaran melalui APP

Ini adalah APP Android. sepatutnya Ia adalah sama untuk pengguna iOS. Sejurus lancarkan APP Gerak Malaysia ini adalah gambar pemukanya.

Kemudian, anda perlu daftarkan nombor telefon anda dan tunggu kod OTP masuk ke telefon. Kemudian anda diminta untuk kemas kini maklumat peribadi.

Selesai kemas kini, bolehlah mula mohon kebenaran dengan memilih kategori permohonan. Setakat ini, hanya kategori Perjalanan Antara Negeri diaktifkan.

Selepas pilih Perjalanan Antara Negeri, anda perlu masukkan alamat lokasi tempat anda ingin mulakan perjalanan. Kemudian, maklumat destinasi pula.

Akhir sekali, pop-up peringatan akan keluar untuk ingatkan anda supaya lakukan perjalanan mengikut jadual yang ditetapkan.

Jadual perjalanan rentas negeri

Pihak polis juga telah mengeluarkan jadual khas perjalanan untuk mengelakkan kesesakan dan memudahkan pihaknya menyediakan anggota yang cukup untuk pastikan kelancaran perjalanan anda.

Berikut adalah jadual perjalanan rentasi negeri antara 7 hingga 10 Mei 2020.

  • 7 Mei– Dari Kuala Lumpur
  • 8 Mei– Dari Perak, Johor, dan Kelantan
  • 9 Mei– Dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, dan Pahang
  • 10 Mei– Dari Selangor, Negeri Sembilan, dan Terengganu

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Gerak Malaysia.