• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

182 TMpoint di seluruh negara kembali beroperasi bermula 12 Mei

  • OLEH Ghazali Alias
  • 7:12 pm
  • 08/05/2020
  • Komen
TM dan Huawei bekerjasama uji program saling operasi untuk perkongsian rangkaian 5G
Share on FacebookShare on Twitter

Telekom Malaysia (TM) akan menyambung semula operasi pemasangan dan penyelenggaraan di premis pelanggan, serta membuka 182 TMpoint di seluruh negara selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa-4 iaitu pada 12 Mei 2020.

Menurut TM, operasi dan pembukaan tersebut walau bagaimanapun tidak melibatkan kawasan-kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD). Pelaksanaannya juga akan mengikut protokol keselamatan yang perlu dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).



Bagi operasi pemasangan dan penyelenggaraan, TM akan mengutamakan kerja-kerja pemasangan dan baikpulih yang di dalam senarai menunggu, sebelum meneruskan dengan kerja-kerja baharu. TM akan menyelesaikan permohonan pelanggan secara berperingkat, disebabkan oleh jumlah tugasan yang dijangkakan bakal bertambah. Pelanggan juga diharap supaya bersabar dan memahami situasi ini.

TMpoint pula akan dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat, dari pukul 8.30 pagi hingga 4.00 petang sepanjang bulan Ramadan. Waktu operasi akan kembali kepada seperti biasa dari pukul 9.00 pagi hingga 5.30 petang selepas Hari Raya Aidilfitri, tertakluk kepada sebarang peraturan tambahan yang digariskan oleh kerajaan negeri.



Langkah keselamatan

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM, Datuk Noor Kamarul Anuar Nuruddin, pihak TM akan sentiasa memastikan keselamatan pelanggan dan kakitangannya terjamin dengan pematuhan keselamatan yang telahpun digariskan pihak kerajaan.

Langkah yang diambil pihak TM termasuk:

Kakitangan dan kontraktor

  • Melakukan pemeriksaan suhu badan sebelum memulakan syif. Kakitangan tidak akan dibenarkan berkerja sekiranya suhu mereka melebihi paras normal
  • Menyatakan status kesihatan setiap hari menerusi Borang Deklarasi Kesihatan
  • Memakai topeng muka
  • Membasuh / menyahkuman tangan sebelum dan selepas menjalankan kerja-kerja
  • Menjaga penjarakan sosial dengan mengekalkan jarak satu (1) meter dengan pelanggan dan tidak berjabat tangan.
  • Melaksanakan kerja sanitasi di premis TMpoint sebelum beroperasi

Pelanggan

  • Melengkapkan Borang Deklarasi Kesihatan digital yang disediakan oleh TM
  • Memakai topeng muka dan mempraktiskan amalan  kebersihan diri
  • Menjaga penjarakan sosial dengan mengekalkan jarak satu (1) meter dari juruteknik dan tidak berjabat tangan.
  • Menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki pusat TMpoint

Saluran alternatif TM

Pelanggan juga digalakkan supaya menghubungi Operasi Khidmat Pelanggan TM menerusi pelbagai saluran alternatif yang beroperasi dari pukul 7 pagi hingga 9 malam, seperti berikut:

  1. Pusat panggilan TM di talian 100
  2. Live Chat
  3. Media Sosial (Facebook, Twitter)
  4. E-mel

Bagi saluran pembayaran pula, pelanggan boleh melakukannya secara digital menerusi:

  1. Autopay,
  2. Portal layan diri Unifi
  3. Aplikasi UniFi (Android, IOS)
  4. Saluran pembayaran secara online dari bank-bank pilihan menerusi JomPAY dengan kod pembayaran TM:
    1. 8888 – unifi Home,
    1. 2345 – Streamyx & Suara dan
    1. 3608 – unifi Mobile
  5. E-dompet (Boost dan Touch n Go)

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh terus ke laman web TM di pautan ini.

Tags: TMtm unifiTMpoint
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
TM dan Huawei bekerjasama uji program saling operasi untuk perkongsian rangkaian 5G

182 TMpoint di seluruh negara kembali beroperasi bermula 12 Mei

8 May 2020
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN