• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPhone SE 2020 akan mula dijual di Malaysia pada 11 Mei

  • OLEH Najib
  • 12:26 pm
  • 08/05/2020
  • Komen
iPhone SE 2020 akan mula dijual di Malaysia pada 11 Mei
Share on FacebookShare on Twitter

Apple Malaysia hari ini mengumumkan bahawa mereka akan mula menjual telefon pintar terbaharu, iPhone SE 2020 bermula 11 Mei 2020. Telefon ini boleh mula dibeli pada hari Isnin akan datang, di Stor Online Apple Malaysia, serta di beberapa syarikat telekomunikasi tidak lama selepas itu.

Telefon berprestasi tinggi ini dilengkapi cip A13 Bionic yang sama dengan iPhone 11 Pro Max. Tetapi ia menggunakan rekaan lama iPhone 8, dengan skrin kecil 4.7-inci dari jenis LCD. Ia juga menggunakan pengimbas cap jari Touch ID di bawah skrin sebagai fungsi keselamatan biometrik.



Hanya ada satu kamera di belakang telefon ini, iaitu kamera 12MP. Manakala kamera hadapannya 7MP, terletak di atas skrin. iPhone SE 2020 kalis air dan debu IP67 dan ia turut menyokong pengecasan wayarles.

Terdapat tiga warna boleh dipilih untuk iPhone SE 2020 iaitu putih, hitam dan merah. Storan pula ditawarkan dari 64GB, 128GB dan 256GB. Harga jualannya adalah seperti berikut:



  • iPhone SE 2020 64GB – RM1,999
  • iPhone SE 2020 128GB – RM2,199
  • iPhone SE 2020 256GB – RM2,699

Kalau anda berminat membelinya, bersiap sedia untuk menempah pada 11 Mei. Atau nantikan pengumuman dari syarikat telekomunikasi untuk tawaran kontrak dengan harga lebih murah.

Tags: appleiPhone SE 2020
Najib

Najib

POPULAR

iPhone SE 2020 akan mula dijual di Malaysia pada 11 Mei

iPhone SE 2020 akan mula dijual di Malaysia pada 11 Mei

8 May 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN