Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Mediatek Dimensity 1000 Plus Diumum Dengan Naik Taraf Minimum

Mediatek sebenarnya sudahpun melancarkan siri Dimensity pada tahun lepas bermula dengan Dimensity 800 dan 1000, tapi setakat ini masih belum ada telefon yang diperkasa SoC itu boleh didapati dalam pasaran. Sungguhpun begitu, ia tak menghalang Mediatek daripada lancarkan satu lagi SoC dalam keluarga Dimensity iaitu 1000 Plus.

Tidak banyak spesifikasi teknikal yang dikongsikan oleh Mediatek tentang produk baru ini. Tapi antara beberapa yang mencuri tumpuan adalah seperti:

  • Sokongan panel paparan ber-refresh rate sehingga 144Hz berbanding 90Hz sahaja dalam versi asal.
  • Kehadiran teknologi Mediatek Hyper Engine 2.0 yang mengoptimuman penggunaan bateri melalui kawal selia aktiviti pengkomputeran dengan cekap.

Selain daripada dua benda tersebut, lain-lain spesifikasi berkemungkinan besar adalah sama seperti cip asal iaitu:

  • Penggunaan 8 teras yang dikelompokkan dalam dua kluster dengan clockspeed setinggi 2.6Ghz
  • Sokongan dwi-SIM 5G serentak
  • Sokongan rangkaian 5G Sub-6Ghz dengan keupayaan 2 carrier aggregation untuk kelajuan sehingga 4.7 Gbps
  • Rakaman video HDR

Maklumat penting yang masih tidak dikongsikan adalah bilakah telefon yang diperkasa produk-produk ini akan menjengah pasaran kerana menurut ujian penanda aras, ia mencatatkan skor melebihi 500,000 mata.

Untuk perbandingan relatif, ia sudahpun berada dalam kelompok Galaxy S20, iPhone 11, dan ROG Phone 2 yang masing-masing diperkasa cip paling berkuasa setakat ini dalam pasaran.

Sumber: Mediatek, 2

BACA  Cuba anda teka harga kabel baru Thunderbolt 3 Apple dengan kemasan sirat