• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengarah ‘Extraction’ menerangkan kenapa kereta Proton ada banyak di dalam filem tersebut

  • OLEH Najib
  • 11:38 am
  • 09/05/2020
  • Komen
Pengarah ‘Extraction’ menerangkan kenapa kereta Proton ada banyak di dalam filem tersebut
Share on FacebookShare on Twitter

Bukan selalu anda dpaat melihat kereta Proton di dalam filem Hollywood. Tetapi ia telah muncul beberapa kali di dalam filem aksi Netflix, Extraction dan ini memberi kejutan kepada rakyat Malaysia.

Rakan kami di Soyacincau telah menghubungi pihak ‘Extraction’ untuk bertanyakan tentang kereta Proton di dalam filem tersebut. Tetapi pengarah Extraction, Sam Hargrave sendiri yang membalas persoalan ini.



Sam Hargrave (kiri) dan Chris Hemsworth (kanan)

“Semasa membuat pencarian di Dhaka, Bangladesh dan di seluruh India, kami melihat banyak kereta Proton di jalanan. Untuk menjadikan cerita kelihatan seperti sebenar, kami mahukan kereta Proton banyak kelihatan di dalam filem ini. Terdapat juga beberapa kereta polis di Dhaka, Bangladesh yang menggunakan kereta Proton kerana kami mahu menggambarkan suasana sebenar di situ. Jadi semua ini untuk memastikan ia memberi pandangan sebenar dan asli di rantau itu,” jelas Hargrave.

Filem ini mengambil tempat di Bangladesh, di mana syarikat PHP Automobiles memasang lima model kereta Proton iaitu Saga, Preve, Exora, X70 dan Persona di kilang mereka. PHP juga pernah menyatakan bahawa bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga pengerusi Proton, mendesak dan meminta PHP untuk terlibat dalam bidang automotif dan menjemput mereka melawat kilang Proton di Malaysia. Ini boleh menerangkan kenapa kereta Proton banyak kelihatan di kawasan filem ini dirakam, seperti yang dinyatakan Hargrave.



“Extraction” mengisahkan tentang askar upahan pasaran gelap yang diberi tugasan untuk menyelamatkan penculikan, seorang anak penjenayah antarabangsa yang masih dipenjara. Filem ini dibintangi Chris Hemsworth (Thor) dan skripnya ditulis oleh adik-beradik Russo, penulis skrip Marvel Cinematic Universe (MCU) yang popular. Pengarah Sam Hargrave dikenali sebagai penyelaras aksi lasak untuk beberapa filem di MCU dan Extraction merupakan filem pertama arahan beliau.

Anda boleh menonton filem Extraction di Netflix.

Sumber: SoyaCincau

Tags: Chris HemsworthExtractionNetflixproton
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Pengarah ‘Extraction’ menerangkan kenapa kereta Proton ada banyak di dalam filem tersebut

Pengarah ‘Extraction’ menerangkan kenapa kereta Proton ada banyak di dalam filem tersebut

9 May 2020
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN