• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme 6 Pro menawarkan jaminan 2-tahun pada jualan hari pertama

  • OLEH Najib
  • 12:08 pm
  • 11/05/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Realme Malaysia hari ini melancarkan satu lagi keluarga Realme 6, model paling berkuasanya iaitu Realme 6 Pro. Hanya terdapat satu varian yang diperkenalkan dalam dua warna pilihan iaitu Lightning Blue dan Lightning Red

Lightnin Blue (atas) & Lightning Red (bawah)

Harga jualan Realme 6 Pro di Malaysia ialah RM1,399 dan ia datang bersama cip Snapdragon 720G, RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Telefon ini akan mula dijual di Malaysia secara dalam talian di Lazada pada 12 Mei 2020, dan di luar talian menerusi pengedar Realme di seluruh Malaysia bermula 16 Mei 2020.



Hanya di hari pertama jualan online dan offline, pembeli akan menerima hadiah percuma berupa 7 unit daily mood casing serta jaminan ditambah 12-bulan, menjadikan dua tahun jaminan. Selagi stok masih ada.

Realme 6 Pro dikuasakan oleh cip Snapdragon 720G, bersama RAM 8GB dan storan 128GB. Skrinnya dari jenis LCD, berukuran 6.6-inci dengan resolusi HD Penuh, serta refresh rate 90Hz. Ini menjadi kelebihan untuk Realme 6 Pro berbanding telefon pintar lain.



Terdapat empat kamera di belakang telefon ini, menggabungkan kamera utama 64MP F1.8, kamera ultra lebar 8MP F2.3, kamera telefoto 12MP F2.5 dan kamera makro 2MP F2.4. Kamera ini diberikan kemampuan mengezum optikal 2x dan zum hibrid sehingga 20x.

Kamera hadapannya pula ada dua, terletak di dalam lubang di bahagian atas skrin. Kamera pertama ialah kamera utama 16MP F2.0, menggunakan sensor Sony IMX471. Kamera kedua pula ialah kamera ultra lebar 8MP F2.2. Realme menyatakan, kamera ultra lebar di telefon ini kelihatan lebih asli kerana ia tiada herot atau efek mata ikan di tepi gambar.

Menguasakan telefon ini ialah bateri berkapasiti 4,300mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 30W melalui USB-C. Hanya ada satu speaker di Realme 6 Pro, terletak di bawah. Tetapi ia menyokong teknologi bunyi Dolby Atmos, yang boleh dinikmati sepenuhnya menggunakan fon kepala yang boleh dicucuk di jek audio 3.5mm.

Terdapat 3 slot kad di Realme 6 Pro, menyokong dua kad sim nano dan satu kad sim mikroSD yang boleh digunakan serentak. Pengimbas capjarinya pula terletak di sisi, bergabung dengan butang kuasa. Sistem operasi terbaru, Realmu UI berasaskan Android 10 digunakan di Realme 6 Pro.

Tags: RealmeRealme 6Realme 6 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026

Realme 6 Pro menawarkan jaminan 2-tahun pada jualan hari pertama

11 May 2020
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN