• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

BPN: Gagal rayuan kali pertama, boleh kemukakan rayuan kedua sehingga 31 Mei

  • OLEH Ghazali Alias
  • 1:45 pm
  • 12/05/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi mereka yang gagal dalam permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) boleh membuat rayuan sekali lagi untuk mendapatkan bantuan bekenaan sehingga 31 Mei 2020.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan lanjutan berkenaan susulan pelbagai aduan daripada orang ramai yang gagal menerima BPN atas pelbagai sebab.



Jelas beliau, ada di antara pemohon yang pernah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), memiliki rekod pendapatan melebihi kelayakan tetapi pada hakikatnya sudah tiada pekerjaan atau diberhentikan kerja dan mengisi maklumat yang tidak lengkap.

Permohonan boleh dibuat dengan cara berikut:



  1.  E-mel, [email protected]
  2. Kaunter-kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhampiran.

(Senarai cawangan boleh dirujuk di sini)

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata kepada Astro Awani, permohonan dalam kategori hilang pekerjaan atau mempunyai syarikat yang tidak lagi aktif boleh dilakukan dengan menyertakan dokumen pembuktian seperti:

  • Penyata pendapatan syarikat (menunjukkan syarikat tiada pendapatan atau tidak aktif)
  • Surat Pemberhentian Kerja atau slip gaji terakhir

Terdahulu, Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa kerajaan telah meluluskan 2.3 juta permohonan BPN, termasuk permohonan baharu dan rayuan, membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.7 bilion. Setakat ini jumlah penerima BPN adalah sebanyak 10.6 juta orang yang membabitkan bayaran berjumlah RM11 bilion.

Sumber: Astro Awani

Tags: BPNPKPBRAYUAN
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

BPN: Gagal rayuan kali pertama, boleh kemukakan rayuan kedua sehingga 31 Mei

12 May 2020
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

12 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN