Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Menangi belanja rumah setahun bernilai RM12,000 dalam pertandingan Hari Raya Celcom

Di sepanjang bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelma, pengguna Celcom berpeluang untuk memenangi belanja barangan keperluan harian percuma selama setahun, daripada jumlah wang tunai terkumpul bernilai RM500,000! Peraduan ini dijalankan dari 12 Mei hingga 31 Julai 2020, terbuka untuk semua pelanggan prabayar Celcom Xpax dan pelanggan pascabayar Celcom yang layak.

Untuk menyertainya sangat mudah. Pelanggan Celcom dan Xpax hanya perlu membuat sebarang transaksi seperti membeli pas internet, mendaftar pelan baru, membayar bil dan banyak lagi. Urus niaga ini boleh dilakukan secara dalam talian atau di mana-mana cawangan bluecube Celcom dan wakil Celcom yang sah.

Pelanggan akan menerima penyertaan mengikut jumlah transaksi. Sebarang bayaran bil akan menerima 1 penyertaan, terhad kepada dua kali bayaran sebulan. Transaksi berjumlah RM1 – RM10 akan menerima dua penyertaan, sehinggalah transaksi RM51 dan ke atas menerima 5 penyertaan.

Sepanjang tempoh peraduan, semakin banyak transaksi yang dilakukan oleh pelanggan di akaun mereka yang aktif, maka semakin tinggi peluang mereka untuk menang.

Terdapat dua kategori pemenang, iaitu pemenang mingguan dan pemenang satu tahun. Hadiah yang diberikan pula dalam bentuk kredit e-wallet Boost. Pemenang mingguan akan menerima kredit Boost bernilai RM100, manakala pemenang kategori satu tahun akan menerima kredit Boost RM1,000 selama 12 bulan berturut-turut, dalam akaun Boost mereka.

Pelanggan Celcom boleh memeriksa penyertaan terkumpul di dalam aplikasi Celcom Life. Pemenang akan ditentukan berdasarkan penyertaan yang dikumpulkan setiap minggu (Isnin hingga Ahad) untuk Hadiah Mingguan dan setiap bulan (Mei, Jun dan Julai) untuk Hadiah kategori satu tahun. Senarai pemenang akan diumumkan di halaman kempen Raya Celcom atau dimaklumkan melalui aplikasi Celcom Life.

BACA  Telefon gaming terbaru Lenovo ada kamera pop-up tepi dan pengecas 90W

Secara ringkas, anda tidak perlu berbuat apa pun untuk mendapat penyertaan pertandingan ini kerana, bil memang perlu dibayar setiap bulan kan. Tetapi kalau nak dapat lebih penyertaan, kenalah buat perkara lain. Yang penting, jangan lupa bayar bil setiap bulan untuk memastikan anda berpeluang memenangi hadiah kredit e-wallet Boost ini. Mana tahu, boleh dapat RM1,000 selama 12 bulan.