Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 9 Jun, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Yoodo ubah 1GB percuma setiap hari kepada hari Isnin sahaja sepanjang PKPB

Sejak 30 Mac 2020, Yoodo telah memberikan 1GB data percuma kepada penggunanya sebagai menyahut seruan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 1GB percuma ini diberikan setiap hari dan bakinya boleh dibawa ke hadapan, sebelum ia diubah kepada penebusan 1GB setiap hari bermula dari 5 hingga 12 Mei.

Hari ini, Yoodo mengumumkan mereka tidak lagi memberikan 1GB percuma setiap hari. Tetapi mereka akan memberikan 1GB data percuma pada setiap hari Isnin, dari 18 Mei hingga tamat PKP, yang dijadualkan pada 9 Jun 2020.

1GB percuma ini tidak perlu ditebus, ia akan dikreditkan secara automatik kepada semua pengguna Yoodo yang aktif. Setakat ini, ia akan diberikan setiap hari Isnin pada tarikh 18 Mei, 25 Mei, 1 Jun & 8 Jun.

Data ini bersifat terkumpul, ia akan ditambah ke dalam baki kuota anda dan tamat pada kitaran bil pengguna seterusnya. Sebagai contoh, jika pelan anda tidak luput/diperbaharui antara 18 Mei – 8 Jun 2020, anda akan menerima sebanyak 4GB Data percuma yang dapat digunakan sehingga pelan anda luput/diperbaharui.

Jika anda memerlukan lebih banyak data, promosi 20GB data pada harga RM20 sahaja masih diteruskan sehingga 30 Jun 2020. Selain itu, Yoodo juga baru memperkenalkan beberapa pelan baru seperti perayauan data lebih lama, program ganjaran pengguna setia dan Power Pass 100GB hanya RM2. Maklumat lanjut promosi dan pelan baru ini boleh dirujuk di sini.

This image has an empty alt attribute; its file name is 200317-Yoodo-20GB-RM20-tukar-pelan-1024x640.jpg

Kalau anda bukan pelanggan Yoodo dan mahu mencubanya, kad sim Yoodo boleh ditempah secara percuma dan ia datang bersama 7GB juga percuma untuk pengguna baru. Jika berminat untuk mendapatkan kad sim Yoodo, boleh mendaftar di sini.

BACA  Tahap sekuriti dipertingkat menerusi Zoom 5.0, kemaskini sebelum 31 Mei untuk terus menggunakannya

Sumber: Yoodo