• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony IMX 500 & 501: Sensor Pengimejan Pertama Dunia Dengan Pemproses AI Terbina

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:12 am
  • 15/05/2020
  • Komen
Sony IMX 500 & 501: Sensor Pengimejan Pertama Dunia Dengan Pemproses AI Terbina
Share on FacebookShare on Twitter

Segala-galanya AI sekarang. Data yang perlu manusia proses jadi berlipat kali ganda saban hari sehinggakan kita perlu bantuan komputer analisisnya bagi pihak kita. Di Sony, mereka telah mengumumkan dua sensor pengimejan yang dilengkapi unit pemproses AI dalam satu pakej.

Diberi nombor model IMX 500 dan 501, kedua-duanya adalah sensor 12.3MP dalam kategori 1/2.3”.



Apa manfaat miliki pemproses AI terbina?

Untuk ketahui kelebihan sensor ini, anda perlu fahami kaedah konvesional bagaimana teknologi AI berfungsi pada kamera. Secara tradisionalnya, sensor imej akan mengesan cahaya dan ditukarkan kepada isyarat untuk diproses Image Signal Processor (ISP), hasil proses tersebut akan disalurkan pula ke pengkomputeran awan untuk proses selanjutnya dan hasil proses akan dihantar smeula ke telefon anda dan dibentangkan dalam cara yang anda boleh faham.

Ada 3 masalah yang boleh anda dapati dengan kaedah konvesional ini..



  1. Masalah kerahsiaan kerana gambar yang anda tangkap dimuat naik ke pelayan pihak ketiga dan boleh dipintas semasa dalam perjalanan.
  2. Masalah latensi kerana data perlu dihantar ke pelayan luar dan perlu ada sambungan internet yang aktif untuk beroperasi.
  3. Masalah kos kerana pelayan yang memproses data perlukan kos untuk diselenggara.

Sony memaklumkan yang mereka cuba mengatasi tiga masalah ini. IMX 500 & 501 ada litar logik yang terpateri di bawah litar sensor imej. Sewaktu gambar ditangkan, data boleh terus disalurkan kdepada litar logik untuk diproses.

Antara contoh kegunaan adalah seperti pengecaman objek. Selain pada telefin pintar, sensor ini turut ditujukan pada kamera keselamatan. Misalnya, apabila diletakkan dalam premis komersial, data-data seperti tingkah laku pengujung, bilangan pengunjung, pengecaman wajah, dan sebagainya boleh dilakukan.

Selain daripada ciri AI, IMX 500 dan 501 adalah sensor pengimejan biasa. Antara ciri-ciri sensor ini adalah:

  • Mampu rakam video sehingga 4K@30
  • Bayer Array sebagai penapis warna

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: Sonysony imx 500sony imx 501
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sony IMX 500 & 501: Sensor Pengimejan Pertama Dunia Dengan Pemproses AI Terbina

Sony IMX 500 & 501: Sensor Pengimejan Pertama Dunia Dengan Pemproses AI Terbina

15 May 2020
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN