Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Adakah iPhone 7 Plus 128GB RM1,699 ini lebih baik daripada iPhone SE (2020)?

Sekiranya anda ingin dapatkan telefon terkini Apple pada harga yang paling murah, iPhone SE (2020) ialah satu-satunya telefon yang beharga kurang daripada RM3,000. Tapi, kalau anda tak kisah komponen yang sedikit berusia, memang ada iPhone yang dijual pada harga yang murah. Misalnya, iPhone 7 Plus kini ditawarkan pada harga RM1,699. iPhone 7 Plus dilancarkan dalam tahun 2016 yang jadikanya berusia 4 tahun.

iPhone 7 Plus berharga RM1,699
iPhone 7 berharga RM1,449

Tapi jika anda dapatkan iPhone 7 RM1,699, anda beroleh storan yang lebih besar iaitu 128GB. Ia sekali ganda lebih besar daripada storan 64GB iPhone SE (2020) malah, harganya RM200 lebih mahal.

Apple A10 Fusion vs Apple A13 Bionic

Apple A10 Fusion pada siri iPhone 7 dibangunkan daripada litografi 16nm. Secara relatifnya, ia berada sezaman dengan Snapdragon 820 yang digunakan dalam telefon seperti HTC 10, Xiaomi Mi 5, Sony Xperia XZ, OnePlus 3/3T, dan sebagainya.

iPhone SE 2020 ada SoC paling berkuasa Apple

Cumanya, walaupun sudah berusia, sokongan perisian yang diberikan terhadap produk lama agak panjang. Dilancarkan bersama-sama iOS 10 dulu, ia tetap terima kemas kini iOS 13 sehingga hari ini. Tapi, memasuki tahun keempat, manfaat itu sudahpun sampai ke waktu senja. Belum tentu kemas kini iOS 14 dan seterusnya akan diterima iPhone 7 disebabkan komponen yang outdated.

Kalau kemas kini firmware adalah kegusaran anda, iPhone SE (2020) dilihat berbaloi kerana penggunaan Aple A13 Bionic.

Skrin lebih besar, kamera lebih baik, dan hayat bateri lebih panjang

iPhone 7 Plus ada paparan 5.5” FHD berbanding 4.7” HD+. Perbezaannya lebih ketara kerana kedua-duanya tidak miliki paparan bertakuk yang bermakna bingkai sisi mereka agak besar. iPhone 7 Plus juga ada speaker stereo yang janjikan penghasilan audio yang lebih baik. Tapi, kedua-dua mereka ada kekalisan air/debu pada tahap IP67.

BACA  Android 10 disebar 28% lebih pantas daripada Android 9, ini antara sebabnya
iPhone SE ada paparan 4.7″ HD+

iPhone 7 Plus ada satu kamera belakang tambahan iaitu kamera telefoto. Jarak fokalnya sesuai untuk gambar potret tapi penggunaan sensor lebih baru pada iPhone SE bermakna ia mungkin hasilkan gambaryang lebih baik daripada kualiti. Cumanya, iPhone SE cuma ada satu kamera dan pengezuman dilakukan secara digital.

Daripada segi hayat penggunaan, menurut maklumat spesifikasi, iPhone 7 Plus ada hayat bateri 1 jam lebih panjang daripada iPhone SE (2020).

Apa lagi yang anda ketinggalan?

Disebabkan iPhone SE (2020) lebih moden, ia menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB-PD malahan boleh dicas secara wayarles sedangkan iPhone 7 Plus kekal dengan pengecas 5W dan tiada pengecasan wayarles. iPhone 7 Plus tiada Wi-Fi 6 seperti iPhone SE dan tak menyokong eSIM.