• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo V17 yang lebih murah diperkenal di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 12:45 pm
  • 20/05/2020
  • Komen
Dua telefon Vivo terima diskaun sehingga RM400 sempena Tahun Baru Cina
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia hari ini mengumumkan kedatangan varian baru Vivo V17 yang telah dilancarkan pada Disember tahun lepas. Varian baru Vivo V17 ini lebih murah kerana ia disertakan storan yang lebih kecil.

Berbanding 256GB sebelum ini, Vivo V17 baru ini hanya ada storan 128GB tetapi mengekalkan semua perkara lain yang sama.



Vivo V17 yang dikuasakan cip Snapdragon 675, RAM 8GB serta storan lebih kecil 128GB, dijual di Malaysia pada harga RM1,299. Untuk varian storan 256GB, ia kini berharga RM1,499.

Model baru ini boleh mula dibeli hari ini, di Stor Konsep Vivo terpilih, stor online Vivo, Lazada, Shopee serta pengedar sah Vivo yang lain.



Skrin Vivo V17 berukuran 6.44-inci dari jenis Super AMOLED, bersama pengimbas capjari di dalam skrin. Baterinya pula sebesar 4,500mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB-C.

Di belakang, V17 memiliki 4 kamera yang disusun dalam bentuk L. Ia adalah kamera utama 48MP F1.8, kamera ultra lebar 8MP F2.2, kamera bokeh 2MP F2.2 dan kamera makro 2MP F2.4. Kamera hadapannya 32MP, terletak di dalam lubang kecil di bahagian atas skrin.

Tags: vivovivo v17
Najib

Najib

POPULAR

Dua telefon Vivo terima diskaun sehingga RM400 sempena Tahun Baru Cina

Vivo V17 yang lebih murah diperkenal di Malaysia

20 May 2020
MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

23 November 2026
Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

25 November 2026
Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

22 November 2026
Beli BMW atau Mercedes-Benz terpakai? Carsome Premium tawar waranti 5 tahun

Beli BMW atau Mercedes-Benz terpakai? Carsome Premium tawar waranti 5 tahun

24 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max rasmi di Malaysia dengan dwikamera ARRI 200MP, harga RM5,999

Honor Magic 9 Pro Max rasmi di Malaysia dengan dwikamera ARRI 200MP, harga RM5,999

24 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN