Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Langgan Mubi dari serendah RM10 untuk 3 bulan

Di Malaysia, pasti sudah ramai yang mengenali planform penstriman video seperti Netflix, iflix, Viu dan Dimsum. Tetapi pernahkah anda dengar tentang Mubi? Ia juga adalah platform penstriman video yang boleh dilanggan di Malaysia dengan konsep, satu filem baharu setiap hari untuk setiap saluran.

Mubi juga menampilkan keunikan di mana pengguna boleh meninggalkan komen,reviu dan bintang terhadap filem yang ditonton dan ia boleh dibaca semua. Jadi penonton boleh mendapatkan lebih banyak sinopsis dari pengguna yang telah menonton filem tersebut.

Sebelum itu, kita perlu tahu tentang harga langganan Mubi. Di Malaysia, orang ramai boleh melanggan Mubi dari serendah RM5 seminggu, atau RM15 sebulan. Tetapi sebagai promosi pengenalan, bermula 22 Mei 2020, Mubi boleh dilanggan dari serendah RM10 untuk 3 bulan.

Bayaran langganan Mubi boleh dibuat menggunakan kad debit atau kredit, serta melalui bil pascabayar atau kredit prabyar bagi pelanggan Digi dan Maxis. Pembayaran melalui Paypal turut disediakan.

Sebagai platform penstriman video, Mubi boleh ditonton di pelbagai peranti seperti di pelayar web, telefon pintar, tv pintar dan lain-lain. Khas untuk penonton di Malaysia, Mubi menyediakan tiga saluran yang memperkenalkan filem baharu setiap hari:

Mubi SINEMA – meletakkan tumpuan terhadap pawagam tempatan, mempersembahkan filem paling diraikan dari Malaysia, Indonesia dan di luar rantau termasuk hits pemecah panggung Malaysia, ABANG LONG FADIL 2 dan EVOLUSI KL DRIFT; komedi Indonesia MY STUPID BOSS dan WARKOP DKI REBORN; serta filem pemenang anugerah dari Korea, WELCOME TO DONGMAKGOL.

Mubi BOO – merupakan kerja sama dengan Astro, memaparkan filem seram terbaik dunia termasuk dari Thailand, 3A.M. BANGKOK GHOST STORIES; MOURNING GRAVE dari Korea dan PERJANJIAN SYAITAN dari Malaysia.

BACA  Google Pixel 4A dilancar dengan harga lebih murah dari iPhone SE

Mubi WORLD – menampilkan filem antarabangsa daripada pemenang anugerah dan karya moden sehinggalah penemuan baharu. Judul filem yang ditayangkan ketika ini termasuk RIVER OF EXPLODING DURIANS, drama tahun 2014 arahan pengarah dari Malaysia Edmund Yeo; filem cetera terbaharu karya Pablo Larraín, EMA, dan THE ORPHANAGE oleh pengarah Shahrbanoo Sadat.

Selain tiga saluran di atas, Mubi turut menyediakan saluran KOLEKSI, di mana pengguna boleh menonton semula mencari beratus-ratus filem yang dipilih khas sebelum ini pada bila-bila masa.

Jika berminat untuk melanggan, layari laman web www.mubi.com atau muat turun aplikasi Mubi di Apple Appstore dan Google Playstore.