• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Poco F2 Pro telah mula dikesan di pasaran Malaysia

  • OLEH Najib
  • 11:17 am
  • 21/05/2020
  • Komen
Poco F2 Pro telah mula dikesan di pasaran Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Akhirnya selepas 2 tahun menanti, Poco baru-baru ini telah melancarkan telefon pintar Poco F2 Pro, bagi menggantikan Poco F1. Ia dilengkapi dengan pelbagai perkakas berkuasa tinggi terkini seperti Snapdragon 865, sokongan 5G serta bateri lebih besar 4,700mAh. Paling penting, harganya lebih murah dari model lain yang memiliki perkakas hampir serupa.

Masih belum ada khabar mengenai penjualan rasminya di Malaysia. Tetapi terdapat penjual di Lazada dilihat telah mula mengambil tempahan awal untuk Poco F2 di Malaysia.



Poco F2 dengan RAM 6GB dan storan 128GB dijual pada harga RM2,499 oleh G-Store di Lazada. Ia dijangka tiba di Malaysia pada 29 Mei 2020. Perlu diambil perhatian, ini bukan unit rasmi dari Xiaomi Malaysia dan ia diberikan jaminan selama 2-tahun oleh penjual sendiri.

Terdapat satu lagi penjual di Lazada iaitu Xiaomi Asia Store, yang menawarkan peranti yang sama pada harga RM2,499 juga. Tetapi tempahan ini dihantar dari Hong Kong. Ini juga bukan unit rasmi Xiaomi Malaysia.



Unit rasmi Poco F2 dijangka akan tiba di Malaysia tidak lama lagi dengan harga yang pastinya lebih rendah dari Eropah. Semasa pelancaran di Eropah, Poco F2 Pro diumumkan berharga EUR499 (~RM2,344) dengan RAM 6B dan storan 128GB.

Poco F2 Pro sebenarnya adalah klon Redmi K30 Pro. Ia memiliki skrin 6.67-inci HD Penuh dari jenis AMOLED, dengan refresh rate 60Hz. Skrinnya tiada takuk dan lubang kerana menggunakan modul kamera pop-up yang boleh disembunyikan.

Telefon ini dikuasakan oleh cip Snadpragon 865 yang menyokong 5G dan WiFi 6. Ia juga dipadankan dengan RAM terbaru LPDDR5 serta storan pantas UFS3.1.

Untuk kamera, terdapat empat kamera di belakangnya menggabungkan kamera utama 64MP dari sensor Sony IMX686, kamera ultra lebar 13MP, kamera makro 5MP dan kamera pengesan kedalaman 2MP. Kamera hadapannya pula 20MP di dalam modul pop-up.

Bateri yang besar dipasang di dalamnya, berkapasiti 4,700mAh dan menyokong pengecasan pantas 20W menerusi USB-C. Tetapi ia tidak menyokong pengecasan wayarles. Poco F2 Pro tiada speaker stereo tetapi ia masih mengekalkan jek audio 3.5mm dan pemancar infra merah.

Tags: PocoPoco F2 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Poco F2 Pro telah mula dikesan di pasaran Malaysia

Poco F2 Pro telah mula dikesan di pasaran Malaysia

21 May 2020
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN