Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Civilization VI kini percuma di Epic Games, muat turun sementara ia masih ada

Selepas memberi muat turun percuma permainan video, Grand Theft Auto. sekuel ke-5 (GTA V), kali ini Epic Games Store menawarkan game terbaharu iaitu Sid Meier’s Civilization 6 (Civilization VI).

Permainan video itu kini boleh dimuat turun secara percuma bermula 21 hingga 28 Mei 2020. Ia bersempena jualan Epic Mega Sale di Epic Games. Muat turun ini hanya untuk versi PC sahaja.

Civilization VI merupakan permainan video yang dikeluarkan oleh 2K dan dibangunkan oleh Firaxis Games. Ia merupakan permainan strategi yang bergenre 4X (Explore, Expand, Exploit, Exterminate). Permainan ini diterbitkan untuk Mac dan Windows PC pada tahun 2016, kemudian iOS pada tahun 2017, sebelum ke Nintendo Switch (2018) dan PlayStation 4 serta Xbox One (2019).

Untuk memainkan Civilization VI, spesifikasi komputer minimum yang diperlukan adalah:

  • Pemproses: Intel Core i3 2.5 GHz atau AMD Phenom II 2.6
  • Kad grafik: AMD 5570, NVIDIA 450 atau Intel Integrated Graphics 530
  • RAM: 4GB
  • Storan: 12GB

Spesifikasi yang disyorkan pula adalah:

  • Pemproses: Fourth Generation Intel Core i5 2.5 GHz atau AMD FX8350 4.0 GHz ke atas
  • Kad grafik: AMD 7970 atau NVIDIA 770 ke atas
  • RAM: 8GB
  • Storan: 12GB

Untuk memuat turun permainan ini, anda hanya perlu:

  1. Pergi ke laman web Epic Games Store atau Epic Games Launcher
  2. Pergi ke bahagian free games
  3. Pilih Civilization VI dan tekan butang Get it untuk muat turun

Pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu, sebelum boleh memuat turun permainan percuma di Epic Games. Bagi mereka yang belum mendaftar, boleh berbuat demikian dengan pergi ke pautan ini. Pendaftaran adalah percuma.

Epic Games memberi permainan video percuma setiap hari Khamis sempena jualan mega mereka. Berdasarkan khabar angin tersebar, Forbes dalam artikelnya menjangkakan permainan percuma seterusnya adalah Borderlands: The Handsome Collection atau Ark: Survival Evolved. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat nanti.

BACA  Tiada lagi Pro, OnePlus 8T seterusnya akan guna nama Ultra

Sumber: Polygon, Forbes