• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Maxis naik taraf pelan Go Wifi kepada data tanpa had bersama rebat RM30/bulan

  • OLEH Najib
  • 6:25 pm
  • 27/05/2020
  • Komen
Maxis naik taraf pelan Go Wifi kepada data tanpa had bersama rebat RM30/bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda di luar liputan jalur lebar tetap fiber, salah satu pilihan yang boleh anda dapatkan ialah melanggan pelan data 4G. Maxis ada menawarkannya menerusi pelan MaxisOne Go Wifi yang kini, ditawarkan dengan data tanpa had.

Pelan MaxisOne Go WiFi sebelum ini dikenali sebagai MaxisOne Go WiFi 138, datang dengan kuota 65GB dengan bayaran bulanan RM138. Bermula dari 28 Mei, pelan ini dinaiktaraf kepada data tanpa had dan ia turut diberikan kepada pelanggan sedia ada secara automatik.



Bayaran bulanan ini masih kekal RM138. Tetapi pengguna talian mudah alih Maxis RM98 dan ke atas, boleh mendapatkan rebat sebanyak RM30 sebulan, menjadikan harga pelan ini kepada RM108. Bagaimanapun, rebat ini diberikan untuk tempoh 12-bulan sahaja.

Pelan ini tidak datang bersama sebarang router. Tetapi jika anda perlukan, Maxis menawarkan sebuah router 4G LTE Wifi pada harga hanya RM1, tetapi pelan anda akan dikontrakkan selama 12 bulan. Maxis tidak lagi menawarkan Pocket WiFi tetapi anda masih boleh membelinya secara berasingan.



Pelan ini juga tidak menyokong sebarang panggilan suara dan SMS kerana ia adalah pelan data sahaja. Tiada kontrak dikenakan jika mendaftar pelan ini tanpa router. Bagaimanapun, terdapat Polisi Penggunaan Adil (Fair Usage Policy) dikenakan, tetapi tidak dinyatakan berapakah had maksima data atau sekatan kelajuan di dalam terma dan syarat.

Jika anda berminat dengan Pelan MaxisOne Go WiFi , anda perlu membuat tempahan awal menerusi laman web Maxis di sini.

Kalau anda merasakan pelan Maxis ini mahal dan mahukan sesuatu yang serupa pada harga lebih rendah, anda boleh melanggan Unifi Air. Ia juga pelan 4G LTE WiFi dengan data tanpa had, pada harga RM79/bulan.

Unifi Air datang bersama router Huawei B618 4G LTE percuma tetapi dengan kontrak selama 24-bulan. Anda juga boleh melanggan Unifi Air tanpa router percuma dan tidak dikenakan kontrak. Unifi Air menggunakan rangkaian 4G Unifi untuk berhubung, jadi semak dahulu liputannya di sini.

Tags: maxisMaxisOne Go WiFi
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Maxis naik taraf pelan Go Wifi kepada data tanpa had bersama rebat RM30/bulan

Maxis naik taraf pelan Go Wifi kepada data tanpa had bersama rebat RM30/bulan

27 May 2020
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER