• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Pelanggan Pek Sukan Astro terima rebat selama 2 bulan akibat COVID-19

  • OLEH Najib
  • 3:27 pm
  • 27/05/2020
  • Komen
Hands-on: Apa yang anda dapat bila langgan Astro Ultra?
Share on FacebookShare on Twitter

Sukan merupakan ssalah satu sektor yang terhenti sepenuhnya akibat penularan wabak COVID-19. Ia mengakibatkan siaran langsung pelbagai acara sukan tidak dapat diteruskan, sekaligus tidak disiarkan di TV.

Astro merupakan salah satu pemegang hak siaran langsung sukan terbesar di Malaysia. Mereka kini memutuskan untuk memberi rebat khas kepada pelanggan pek sukan penuh, sebanyak RM20 sebulan bagi dua bil yang akan datang.



Pelanggan pek sukan yang masih aktif sehingga 31 Mei 2020, akan menikmati rebat RM20 ini di dalam bil bulan Jun dan Julai. Tawaran rebat ini bagaimanapun untuk pelanggan di rumah sahaja.

Keputusan ini merupakan antara langkah proaktif yang diambil Astro bagi membantu pelanggannya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebelum ini hingga kini, pelanggan Pek Sukan Astro boleh menyaksikan semua saluran secara percuma, sementara pelanggan lain boleh menikmati saluran Berita, Pembelajaran, Filem Asia dan Stay Home Concert secara percuma.



Menurut Ketua Bahagian Sukan Astro, CK Lee, “Pandemik COVID-19 telah mengganggu banyak acara di seluruh dunia, termasuklah siaran langsung acara sukan, terutamanya sepanjang dua bulan terdekat ini. Oleh itu, kami yakin potongan khas secara one-off ini adalah tindakan yang betul bagi pihak kami. Pelanggan aktif Pek Sukan sehingga 31 Mei akan menerima potongan harga dalam 2 bil berikutnya pada bulan Jun dan Julai.”

“Kami gembira melihat siaran langsung acara sukan membuat kemunculan semula. Selain memilih momen-momen terbaik dan kandungan sukan lain, Astro telahpun menyiarkan secara langsung acara sukan Bundesliga, K-League dan UFC pada hujung minggu lalu dan akan menyiarkan lebih banyak acara dan liga sukan secara langsung apabila mereka disambung semula. Kami kini dalam perbualan proaktif bersama pemegang hak tentang kemunculan semula siaran langsung acara sukan,” katanya.

Tags: astro
Najib

Najib

POPULAR

Hands-on: Apa yang anda dapat bila langgan Astro Ultra?

Pelanggan Pek Sukan Astro terima rebat selama 2 bulan akibat COVID-19

27 May 2020
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN