• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Perlawanan bolasepak Bundesliga kembali bersiaran secara langsung ke Astro

  • OLEH Najib
  • 11:59 am
  • 14/05/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Astro kini mengumumkan mereka akan kembali menyiarkan siaran langsung perlawanan sukan pada minggu ini. Ini kerana beberapa liga bolasepak akan kembali bertanding, antaranya liga Jerman yang terkenal, Bundesliga.

Pelanggan saluran sukan Astro boleh menyaksikan secara langsung perlawanan Bundesliga bermula 16 Mei, di mana pasukan Borussia Dortmund menentang FC Schalke. Selain itu, peminat bolasepak turut boleh menonton perlawanan Union Berlin menentang Bayern Munchen pada 18 Mei dan Werder Bremen menentang Bayer Leverkusen pada 19 Mei.



Astro juga akan menyiarkan beberapa perlawanan sukan lain secara langsung pada minggu ini. Antaranya liga bolasepak Korea Selatan, K-League serta pertandingan UFC, antara Overeem dan Harris pada 17 Mei, pukul 9 pagi.

Dalam satu berita lain, ESPN melaporkan liga bolasepak yang paling diminati ramai, Liga Perdana Inggeris (EPL) dijangka akan kembali beraksi secara tertutup pada bulan Jun 2020. Ia berikutan langkah kerajaan United Kingdom yang cuba melonggarkan kawalan pergerakan secara berperingkat bermula minggu ini.



Kebenaran untuk memulakan EPL masih belum dipastikan kerana menunggu pengesahan dari badan-badan sukan di United Kingdom, bagi mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan. Perlawanan bolasepak boleh dimulakan semula jika badan-badan sukan ini boleh membentangkan pelan yang memenuhi syarat dan peraturan kerajaan.

Tags: astro
Najib

Najib

POPULAR

Perlawanan bolasepak Bundesliga kembali bersiaran secara langsung ke Astro

14 May 2020
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

18 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN