• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKPB: Tidak lagi terhad 4 orang, sehingga 7 orang dibenarkan dalam satu kenderaan

  • OLEH Najib
  • 10:53 am
  • 27/05/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula hari ini, 27 Mei 2020, kerajaan bersetuju melonggarkan peraturan empat orang dalam satu kereta yang dikuatkuasakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula. Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada sidang media harian di Putrajaya.

Walaubagaimanapun, peraturan ini tertakluk di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), serta penumpangnya mestilah orang yang tinggal serumah dengan pemandu.



“Misalnya, kereta biasa empat penumpang campur pemandu. MPV (kenderaan pelbagai guna) pula, satu (pemandu) campur dengan enam, maksimum tujuh orang. Pindaan itu antara lain berkaitan kapasiti penumpang bagi kenderaan persendirian. Selain itu, penumpang mestilah orang yang tinggal serumah dengan pemandu,” kata Ismail Sabri.

Jelas beliau, setakat ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak memaklumkan sebarang kes melibatkan lebihan penumpang dalam kenderaan persendirian. Namun, beliau menyedari dalam kes-kes tertentu pihak berkuasa turut menggunakan budi bicara.



“Kadang-kadang seperti yang sayakan akta itu ada dan jelas, tetapi pihak polis kadang-kadang menggunakan budi bicara. (Contohnya), empat orang tiba-tiba ada seorang bayi di atas riba mak dia, dia dah jadi lima (penumpang). Dari segi akta memang boleh ambil tindakan sebab lima tetapi biasanya pihak polis akan menggunakan budi bicara,” katanya lagi.

Sumber: Berita Harian, Astro Awani

Tags: COVID-19Ismail SabriPerintah Kawalan Pergerakan
Najib

Najib

POPULAR

PKPB: Tidak lagi terhad 4 orang, sehingga 7 orang dibenarkan dalam satu kenderaan

27 May 2020
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN