• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengajian secara bersemuka dilarang sehingga 31 Disember, hanya 5 kategori pelajar ini dibenar kembali ke kampus

  • OLEH Ghazali Alias
  • 1:23 pm
  • 28/05/2020
  • Komen
Pengajian secara bersemuka dilarang sehingga 31 Disember, hanya 5 kategori pelajar ini dibenar kembali ke kampus
Share on FacebookShare on Twitter

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) telah meluluskan pelaksanaan semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) perlu dilakukan secara dalam talian sehingga 31 Disember 2020 manakala, pengajian secara bersemuka tidak dibenarkan dalam tempoh berkenaan.

Keputusan berkenaan dilakukan menerusi  Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 16 Mei 2020.



Walau bagaimanapun, KPT dalam kenyataannya, memberikan kelonggaran kepada lima kategori pelajar berkeperluan untuk pulang ke kampus secara berperingkat. Ia bertujuan bagi memenuhi keperluan PdP untuk bidang pengajian yang berdepan kesukaran untuk melaksanakan pengajian secara dalam talian. Kebenaran ini tertakluk kepada tarikh tamat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Lima kategori pelajar dibenarkan melaksanakan PdP di kampus adalah:



1. Pelajar pasca-siswazah mod penyelidikan di Universiti Awam (UA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang sedang menjalankan pengajian

Boleh hadir secara fizikal ke kampus bagi menggunakan makmal, bengkel, studio reka bentuk atau memerlukan peralatan khusus bagi menjalankan penyelidikan. Kebenaran diberikan serta merta

2. Pelajar Semester/ Tahun Akhir bagi pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda

Kebenaraan diberikan  untuk melaksanakan kerja-kerja klinikal, latih amal, makmal, bengkel, studio reka bentuk, praktikal atau yang memerlukan peralatan khusus bermula seawal 1 Julai 2020

3. Pelajar Semester/ Tahun Akhir untuk mereka yang tidak mempunyai akses yang diperlukan dan persekitaran tidak kondusif

Dibenarkan untuk kembali bagi menggunakan kemudahan dan infrastruktur yang terdapat di kampus bagi menjalankan pengajian secara dalam talian, bermula seawal 1 Julai 2020

4. Pelajar berkeperluan khas yang mengikuti program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Politeknik dan Kolej Komuniti

Kebenaran diberikan bagi pelajar yang memerlukan kelas secara bersemuka kerana masalah pembelajaran bermula seawal 1 Ogos 2020

5. Pelajar kemasukan baharu bagi sesi akademik 2020/2021 di semua UA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti

  • Sijil dan Diploma Politeknik serta Kolej Komuniti : Seawal 1 Julai 2020
  • Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di IPTS : Seawal 1 Julai 2020
  • Asasi dan Diploma di UA: Seawal 1 Ogos 2020
  • Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Siswazah mod penyelidikan di UA dan IPTS:  Seawal 1 Oktober 2020.

Penetapan ini tertakluk kepada arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa. Semua pusat pengajian dan pelajar yang tergolong dalam kategori yang mendapat kelonggaran untuk menjalankan PdP secara bersemuka, perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sumber: New Straits Times

Tags: Kementerian Pengajian TinggiPKPB
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

21 August 2025
Pengajian secara bersemuka dilarang sehingga 31 Disember, hanya 5 kategori pelajar ini dibenar kembali ke kampus

Pengajian secara bersemuka dilarang sehingga 31 Disember, hanya 5 kategori pelajar ini dibenar kembali ke kampus

28 May 2020
Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

31 July 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Ryt PayLater: BNPL dari Ryt Bank dengan 0% faedah & ansuran hingga 12 bulan

Ryt PayLater: BNPL dari Ryt Bank dengan 0% faedah & ansuran hingga 12 bulan

25 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER