Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Samsung bakal bawa masuk Galaxy Tab S6 Lite di Malaysia pada separuh harga

Samsung mengumumkan bakal membawa masuk tablet, Galaxy Tab S6 Lite di Malaysia. Ia adalah varian tablet Galaxy dengan S Pen yang mampu milik, difahamkan hampir separuh harga berbanding Galaxy Tab S6 di pasaran.

Menurut kenyataan dari Samsung, Galaxy Tab S6 Lite akan ditawarkan pada tanda harga RM 1,699 dan didatangkan dalam dua warna pilihan iaitu Oxford Gray dan Angora Blue.

Berdasarkan maklumat spesifikasi, Galaxy Tab S6 Lite memiliki skrin seluas 10.4″ HD Penuh+, dengan resolusi 2000×1200 piksel, dalam nisbah paparan 5:3.

Di atas papan utama, kuasa dalamannya digerakkan oleh pemproses Quad core 2.3GHz + Quad core 1.7GHz yang dipadu bersama RAM 4GB dan storan 64GB. Ruang simpanannya juga boleh dibesarkan sehingga 1TB dengan tambahan kad memori Micro SD.

Sistem operasinya menggunakan Android 10 (One UI 2). Kuasanya dijana oleh bateri berkapasiti 7,040mAh yang menyokong pengecasan pantas melalui sambungan USB-C.

Prestasi audionya dilengkapi dua pembesar suara yang ditala bunyinya oleh AKG bersama teknologi bunyi sekeliling Dolby Atmos. Bagi versi Lite ia turut menyediakan jek audio 3.5mm selain pilihan untuk bunyi peribadi menerusi bluetooh.

Di unit pengimejan, Galaxy Tab S6 Lite mempunyai satu kamera dengan sensor 8MP dibelakang dan 5MP kamera depan. Sepertinya untuk versi ini, kedua spesifikasi audio dan kamera dikurangkan berbanding Galaxy Tab S6 yang dilengkapi dwikamera belakang dan empat pembesar suara.

S Pen di Galaxy Tab 6 Lite pula didatangkan dengan rekaan lebih ringan, praktikal dan selesa untuk digunakan. Dengan berat 7.03g, ia juga mempunyai muncung 0.7mm. Untuk versi Lite, S Pen tidak mempunyai bateri.

Buat masa ini belum ada tarikh tetap yang dimaklumkan berhubung kemasukan peranti ini di pasaran. Namun, pihak Samsung telah mendedahkan salah satu promosi istimewa yang bakal diterima oleh pembeli peranti ini iaitu pemberian empat bulan langganan percuma untuk Youtube Premium.

BACA  Penyelidik di Arab Saudi bangunkan Wi-Fi dalam air, Aqua-Fi

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Galaxy Tab S6 Lite , orang ramai boleh ke laman web Samsung di pautan ini.