• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy Note20 yang bakal tiba di Malaysia mungkin adalah versi Snapdragon dan ini sebabnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:58 pm
  • 29/05/2020
  • Komen
Galaxy Note20 yang bakal tiba di Malaysia mungkin adalah versi Snapdragon dan ini sebabnya
Share on FacebookShare on Twitter

Menurut laporan satu portal Korea, Samsung sudahpun mengumumkan cip pemproses Exynos 992 yang bakal digunakan dalam beberapa produk flagship tahun 2020 mereka. Ia selari dengan pengumuman ARM tentang teras Cortex-A78 yang kami terbitkan tempoh hari.

Cortex-A78 diumum untuk pacu cip flagship 2021, tapi Cortex-X1 ada niat yang lebih ganas

Exynos 992 khabarnya bakal dihasilkan menggunakan litografi 5nm yang dibangunkan Samsung sendiri berbanding penggunaan litografi 7nm EUV Samsung untuk model Exynos 990. Jika benar, anda boleh jangkakan Eynos 992 mampu berikan 20% lebih prestasi berbanding sebelumnya jika dirujuk pada perubahan yang dilakukan ARM pada teras Cortex-A78 baharu.



Berkaitan hal Malaysia menerima versi Snapdragon, ia mungkin ada kaitan dengan perubahan strategi pemasaran yang mereka akan terapkan untuk siri Galaxy Note20 kelak.

Hanya A.S dan China rasai siri Galaxy S20 Snapdragon

Laman Sammobile anda laporkan yang semasa siri S20 dulu, hanya pasaran A.S dan China saja beroleh varian Snapdragon 865 sementera di tempat lain menerima versi Exynos 990.



Oleh sebab ramai yang mendapati terdapat perbezaan ketara daripada segi prestasi antara dua SoC tersebut, Samsung menerima kecaman hebat, termasuklah daripada pemegang taruh saham Samsung sendiri.

Jadi, untuk Galaxy Note20, dikatakan versi Exynos 992 akan dikhaskan untuk pasaran tempatan manakala di tempat lain, varian Snapdragon 865 akan diterima pengguna di sana.

Ia bagi menunjukkan kemampuan kilang semikondukter Samsung dalam penghasilan SoC bermutu tinggi serta menarik minat pengeluar cip yang sejak kebelakangan ini cenderung untuk mengguna pakai kepakaran TSMC untuk hasilkan cip.

Sumber: GSMArena

Tags: samsungSamsung Exynos 992
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Galaxy Note20 yang bakal tiba di Malaysia mungkin adalah versi Snapdragon dan ini sebabnya

Galaxy Note20 yang bakal tiba di Malaysia mungkin adalah versi Snapdragon dan ini sebabnya

29 May 2020
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER