Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Honor X10 peranti kelas pertengahan dengan kuasa baru Kirin 820 5G

Sebelum ini Honor menggunakan siri-X sebagai peranti kelas pertengahan seperti Honor 8X dan Honor 9X. Tetapi untuk model seterusnya, mereka mengubah nama kepada Honor X10. Ia baru sahaja dilancarkan di China, dilengkapi pemproses terbaru Kirin 820 yang turut menyokong rangkaian 5G.

Honor menyatakan, cip Kirin 820 5G ini menyokong 9 jalur 5G iaitu n41, n78, n79, n1, n77, n38, n80 and n84. Prestasi tingginya dipadankan dengan penggunaan RAM LPDDR4X dan storan UFS2.1. Bateri juga telah dibesarkan kepada 4,300mAh, kini dengan sokongan pengecas pantas 22.5W melalui USB-C.

Masih menggunakan skrin LCD, Honor 10X dipasang dengan skrin berukuran 6.63-inci FullView tanpa takuk dan lubang. Skrin ini juga memiliki refresh rate tinggi 90Hz serta touch sampling rate 180Hz, prestasi yang sangat menarik untuk peminat permainan video.

Susunan kamera belakang Honor X10 mirip dengan Honor V30 yang dilancarkan awal tahun ini. Ia adalah kamera utama 40MP F1.8 RYYB dengan sensor Sony IMX600, yang serupa digunakan di Huawei Mate Xs dan Honor V30. Dua lagi adalah kamera ultra lebar 8MP F2.4 dan kamera pengesan kedalaman 2MP. Kamera hadapannya 16MP, menggunakan modul pop-up yang membolehkan ia disembunyikan.

Pengimbas capjari Honor X10 terletak di sisi, digabungkan dengan butang kuasa. Selain itu, ia masih mengekalkan jek audio 3.5mm. Antaramukanya menggunakan MagicUI 3.1 berasaskan Android 10.

Terdapat empat warna diperkenalkan untuk Honor X10 iaitu biru, perak oren dan hitam. Telefon ini telah dijual di China dengan spesifikasi dan harga berikut:

  • Honor X10 5G (RAM 6GB + Storan 64GB) – RMB1,899 (~RM1,155)
  • Honor X10 5G (RAM 6GB + Storan 128GB) – RMB2,199 (~RM1,338)
  • Honor X10 5G (RAM 8GB + Storan 128GB) – RMB2,399 (~RM1,459)
BACA  Jualan jam tangan pintar peringkat global meningkat, tapi Apple catatkan sebaliknya

Tidak diketahui lagi bilakah telefon ini akan dijual di pasaran antarabangsa. Model yang telah dilancarkan awal tahun ini, Honor V30 juga masih belum kelihatan di Malaysia. Ia mungkin mengambil masa yang panjang sebelum kita dapat melihatnya di sini.

Sumber: GizmoChina