• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tahap sekuriti dipertingkat menerusi Zoom 5.0, kemaskini sebelum 31 Mei untuk terus menggunakannya

  • OLEH Ghazali Alias
  • 5:36 pm
  • 29/05/2020
  • Komen
Amaran Kepada Pengguna Zoom, Data Anda Disalur Kepada Pihak Ke-3
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna aplikasi sidang video, Zoom perlu mengemaskini ke versi baharu, Zoom 5.0 sebelum 31 Mei 2020 untuk terus menggunakan aplikasi berkenaan.

Seperti dinyatakan dalam Zoom Blog, kemaskini terbaharu ini mempunyai penambahbaikan terutama dari segi sekuriti, yang menjadi ancaman utama sejak aplikasi berkenaan menjadi pilihan ramai dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Persidangan video Zoom akan lebih selamat dengan tambahan penyulitan hujung-ke-hujung

Dilancarkan pada 27 April 2020, penambahbaikkan Zoom merangkumi aspek berikut:

1. Standard Penyulitan Tambahan (AES) 256-bit, Google Cloud Messaging (GCM)



Membolehkan hanya pengguna aplikasi dengan Zoom 5.0 ke atas sahaja untuk menyertai sidang video, termasuk Zoom Room bermula 30 Mei 2020.

2. Fungsi melaporkan pengguna

Hos atau hos bersama boleh membuat laporan terhadap pengguna yang menyalah gunakan platform Zoom. Laporan berkenaan akan dihantar kepada pasukan Zoom Trust & Safety untuk disiasat. Laporan merangkumi maklumat kesalahan terperinci, huraian dan pilihan untuk menyertakan tangkap layar. Fungsi ini boleh ditutup oleh pengguna menerusi laman web Zoom

3. Ikon penyulitan baharu

Zoom menampilkan logo ikon penyulitan berwarna hijau berbanding hitam yang merupakan signifikan kepada penambahbaikan sekuritinya. Selepas 30 Mei 2020, pengguna boleh mendapatkan maklumat penyulitan tambahan dan statistik dengan menekan ikon berkenaan.

4. Fungsi ikon sekuriti

Sejak 8 April 2020, ikon ini sudah tersedia sebagai butang pilihan di skrin video hos. Di Zoom 5.0, menerusi ikon ini hos boleh mengawal sidang video untuk:

  • Mengunci atau membuka mesyuarat
  • Membuka atau menutup ruang menunggu
  • Membuka atau menutup ruang mesej dalam sidang video
  • Membolehkan atau menghalang ahli menukar nama
  • Membolehkan atau menghalang perkongsian skrin
  • Membuang ahli
  • Melaporkan ahli

5. Pusat maklumat data yang dipertingkat

Pengguna Zoom berbayar yang menggunakan fungsi mesyuarat dan seminar web Zoom boleh memilih pusat data mengikut kawasan semasa menjadualkan mesyuarat atau seminar dalam talian. Sebelum ini fungsi berkenaan hanya membolehkan pusat data dipilih semasa mesyuarat dan seminar web dianjurkan.

Menerusi fungsi ini, sekiranya pusat transit data di sebuah negara tidak dipilih, pengguna dari negara itu akan mengalami masalah kependaman dan kualiti video semasa menyertai mesyuarat atau seminar web yang dianjurkan. Fungsi ini tidak terpakai untuk Zoom Phone.

6. Penambahbaik dalam tindakan mengakhiri atau meninggalkan sidang video

Sekiranya hos ingin meninggalkan sidang video, dia kini boleh memindahkan kuasanya kepada hos yang baru. Perpindahan kuasa ini membolehkan sidang video dapat diteruskan tanpa perlu menutup dan memulakan semula sidang video baharu.

7. Meminta ahli membuka mikrofon

Sekiranya hos ingin ahlinya membuka mikrofon, ahli berkenaan akan menerima notifikasi untuk memilih sama ada setuju atau tidak setuju.

Selain penambahbaikan yang disenaraikan, Zoom 5.0 juga bakal menambah fungsi seperti berikut:

  • Paparan avatar secara automatik untuk ahli tanpa skrin video
  • Menutup sejarah panggilan secara automatik

Untuk pengguna yang masih belum menaik taraf Zoom, anda boleh berbuat demikian menerusi laman web Zoom, Google Play Store atau App Store.

Semoga fokus Zoom 5.0 yang meningkatkan tahap sekuriti tidak mengundang episod kebocoran maklumat atau pencerobohan ahli dalam sidang video mereka. Pengguna juga perlu berhati-hati ketika melakukan aktiviti dalam talian.

Sumber: Zoom Blog

Tags: zoomzoom 5.0
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Amaran Kepada Pengguna Zoom, Data Anda Disalur Kepada Pihak Ke-3

Tahap sekuriti dipertingkat menerusi Zoom 5.0, kemaskini sebelum 31 Mei untuk terus menggunakannya

29 May 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER