• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Persidangan video Zoom akan lebih selamat dengan tambahan penyulitan hujung-ke-hujung

  • OLEH Najib
  • 12:08 pm
  • 08/05/2020
  • Komen
Persidangan video Zoom akan lebih selamat dengan tambahan penyulitan hujung-ke-hujung
Share on FacebookShare on Twitter

Penyedia perkhidmatan persidangan video yang popular semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Zoom hari ini mengumumkan mereka telah mengambil alih syarikat Keybase. Ia adalah syarikat yang menyediakan perkhidmaan komunikasi yang selamat serta perkongsian fail. Ia merupakan satu lagi langkah yang diambil Zoom untuk mempercepatkan pembinaan platform penyulitan hujung-ke-hujung untuk perisian Zoom.

CEO Zoom, Eric S. Yuan berkata, “Terdapat penyulitan hujung-ke-hujung di platform komunikasi. Terdapat juga platform komunikasi dengan keselamatan yang mudah digunakan. Terdapat pula platform komunikasi berskala perusahaan. Kami percaya tiada platform masakini yang menawarkan semua ini. Ini yang Zoom merancang untuk membina, memberikan pengguna keselamatan, penggunaan yang mudah dan berskala, semua dalam satu.”



Sumber: Reuters

“Langkah pertama ialah mendapatkan pasukan yang tepat. Keybase membawakan penyulitan mendalam dan kepakaran keselamatan ke dalam Zoom dan kami berasa teruja menyambut kedatangan Max dan pasukannya. Membawa masuk kumpulan jurutera keselamatan seperti ini mempercepatkan lagi pelan 90-hari kami untuk meningkatkan tahap keselamatan,” tambah Eric.

Sebagai ahli baru di dalam kejuruteraan keselamatan Zoom, pasukan Keybase akan membawa sumbangan penting ke dalam pelan 90-hari Zoom, untuk secara aktifnya mengenalpasti, menyenaraikan dan meningkatkan keselamatan dan kebolehan privasi di dalam platform Zoom. Pemimpin dari Zoom dan Keybase akan bekerjasama untuk merancang masa depan produk Keybase. Bagaimanapun, terma pengambilalihan ini tidak didedahkan.



Sumber: Zoom

Tags: Perintah Kawalan Pergerakanzoom
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Persidangan video Zoom akan lebih selamat dengan tambahan penyulitan hujung-ke-hujung

Persidangan video Zoom akan lebih selamat dengan tambahan penyulitan hujung-ke-hujung

8 May 2020
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN