Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

PKPB: Mesin ATM kembali operasi seperti biasa, caj pengeluaran kekal dikecualikan

Kerajaan telah menarik kembali had terhadap waktu operasi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang kini akan kembali dibuka seperti biasa bermula 1 Jun 2020. Kebanyakan mesin ATM beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam dan terdapat sebahagian beroperasi 24 jam.

Menurut Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ,ia bertujuan bagi memudahkan orang ramai untuk melakukan urusan perbankan terutama bagi mereka yang tidak berkesempatan melakukannya sebelum pukul 8 malam.

Jelasnya lagi, langkah itu juga dibuat selepas mendapat laporan dari pihak Polis DiRaja Malaysia, berkaitan alasan orang ramai yang keluar rumah termasuk ketika lewat malam, untuk mengeluarkan wang di mesin ATM 24 jam.

Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi penjarakan sosial ketika berurusan di mesin ATM bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19. Amalkan langkah pencegahan dengan mensanitasi tangan sebelum dan selepas menggunakan mesin ATM.

Terdahulu, waktu operasi ATM dihadkan dari pukul 8 pagi hingga 8 malam bermula pelaksanaan fasa ke-3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 19 April 2020. Pada fasa pertama dan ke-2, operasi mesin ATM dibenarkan dari pukul 7 pagi hingga 11 malam.

Dalam perkembangan lain, berdasarkan laman Facebook Majlis Keselamatan Negara, pengecualian caj RM 1 di ATM berlainan bank masih dikekalkan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sementara itu, Ismail Sabri turut memaklumkan bahawa pihaknya kini sedang dalam perbincangan untuk memberi kebenaran kepada golongan bujang merentas negeri bagi bertemu keluarga.

Pihaknya turut mempertimbangkan permohonan beberapa sektor seperti peniaga pasar malam dan jurufoto perkahwinan untuk beroperasi semula.

Beliau berkata, persatuan penjaja pasar malam telah diminta untuk berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan bagi menetapkan prosedur operasi standard (SOP) untuk perniagaan pasar malam.

BACA  Kerajaan pertimbang untuk buka pintu kepada negara berstatus zon hijau

Jelasnya lagi, operasi sektor-sektor lain juga akan ditentukan bergantung kepada pelaksanaan PKPB dan perkembangan situasi penularan COVID-19.

Sumber: Bernama, MKN