• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy A11 telefon bajet terbaru di bawah RM600

  • OLEH Najib
  • 11:49 am
  • 02/06/2020
  • Komen
Samsung Galaxy A11 telefon bajet terbaru di bawah RM600
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia semacam tidak mahu orang ramai tahu mengenai ketibaan telefon pintar mampu milik mereka yang baharu. Selepas pengedar sah Samsung mula menjual Galaxy A31 dan Galaxy A21s, kini muncul satu lagi model baharu dengan harga yang lebih murah, Galaxy A11.

Galaxy A11 dijual secara rasmi di Malaysia pada harga RM599 dan ia boleh didapati dari penjual dalam talian di Lazada dan Shopee. Buat masa ini, hanya ada dua pilihan warna boleh didapati iaitu Hitam da Putih.



Telefon pintar bajet terbaharu dari Samsung ini dikuasakan cip Snapdragon 450 bersama RAM 3GB dan storan dalaman 32GB, dengan sokongan kad mikroSD sehingga 512GB. Skrinnya dari jenis Infinity-O LCD berukuran 6.4-inci, bersama resolusi HD+.

Kamera di belakangnya ada tiga, gandingan kamera utama 13MP F1.8, kamera ultra lebar 5MP F2.2 dan kamera pengesan kedalaman 2MP F2.4. Kamera hadapannya pula 8MP F2.0, terletak di dalam lubang di bahagian sudut atas skrin.



Bateri di dalamnya berkapasiti 4,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas melalui USB-C. Ia turut memiliki pengimbas capjari di belakang dan menyokong fungsi pengecaman wajah untuk membuka kunci skrin.

Sumber: DirectD

Tags: samsungSamsung Galaxy A11
Najib

Najib

POPULAR

Samsung Galaxy A11 telefon bajet terbaru di bawah RM600

Samsung Galaxy A11 telefon bajet terbaru di bawah RM600

2 June 2020
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN