• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iOS 14 akan mudahkan pengguna dengan fungsi terjemahan sendiri di Safari

  • OLEH Ghazali Alias
  • 1:58 pm
  • 03/06/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Apple sedang dalam usaha untuk memasukkan fungsi terjemahan bahasa sendiri di dalam pelayar web, Safari menerusi sistem operasi iOS 14 yang akan datang.

Berdasarkan laporan 9to5Mac, syarikat berkenaan sedang melaksanakan pembinaan fungsi baharu itu dalam pembangunan awal perisian tersebut.



Fungsi berkenaan dikembangkan daripada keupayaan pembantu maya, Siri yang boleh menterjemah perkataan dan frasa. Dengan memasukkan fungsi ini di dalam Safari, pengguna boleh menterjemah kandungan di laman web secara automatik, tanpa menggunakan perkhidmatan atau aplikasi pihak ketiga.

Ia juga dikatakan boleh digunakan secara berasingan untuk setiap laman web yang dibuka menggunakan pelayar berkenaan. Terdapat juga kemungkinan bahawa pengguna boleh menukar kandungan asal kepada versi terjemah di halaman web secara terus.



Berdasarkan laporan itu lagi, Safari merupakan permulaan untuk Apple menempatkan fungsi terjemahan dalam sistemnya. Didapati, syarikat berkenaan juga sedang mencuba fungsi itu di aplikasi lain seperti App Store. Dalam hal ini, iOS akan menterjemah huaraian dan reviu aplikasi sekiranya ia di tulis dalam bahasa lain.

Dijangkakan, fungsi ini boleh digunakan walaupun tanpa sambungan internet. Ini berikutan semua terjemahan akan diproses oleh Neural Engine yang terdapat pada pemproses A11 dan ke atas. Terjemahan oleh Siri juga dikatakan bakal dioperasikan oleh Neural Engine pada masa hadapan.

Selain itu, iPadOS 14 juga akan berupaya untuk menggunakan Apple Pencil semasa membuka halaman web. Dengan kelebihan ini, pengguna bukan sahaja boleh mengawal halaman tetapi melukis dan menanda nota sebagai rujukan.  Ia juga berfungsi di Safari dan pelayar web lain.

Setakat ini, pembangunan yang dilaksanakan Apple untuk iOS 14, bakal menambah keupayaannya sebagai peranti yang praktikal untuk digunakan terutama semasa bekerja.

iOS 14 dan kemaskini sistem operasi lain seperti macOS, watchOS dan tvOS akan diperkenalkan oleh Apple semasa Apple Worldwide Developers Conference (WWDC) yang akan bermula pada 22 Jun 2020.

Sumber: 9to5Mac

Tags: appleiOS 14
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

iOS 14 akan mudahkan pengguna dengan fungsi terjemahan sendiri di Safari

3 June 2020
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN