Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Saifudin arahkan pembatalan arahan peruntukan 5G kepada pemegang lesen individu

Malaysia sebelum ini gempar apabila Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Saifuddin Abdullah telah mengarahkan agar spektrum 5G, diberikan kepada pemegang lesen individu.

Ini bertentangan dengan rancangan awal Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), di mana spektrum 5G ini akan dibida secara terbuka kepada konsortium, iaitu gabungan syarikat supaya kos pembangunan 5G dapat diturunkan.

Hari ini, Saifuddin mengeluarkan arahan baru untuk membatalkan arahan lamanya, yang memperuntukkan spektrum 700MHz kepada 5 pemegang lesen individu iaitu Altel, Celcom, Digi, Maxis dan TM.

Menurut beliau, pengurusan dan penguntukan spektrum ini adalah penting untuk pembangunan negara melalui perkembangan pelbagai sektor seperti perkhidmatan sektor telekomunikasi, penyiaran, sains dan teknologi, kesihatan, maritim dan sebagainya. Atas dasar isu-isu teknikal, undang-undang dan perlunya mengikut proses yang telus, beliau telah mengarahkan Pengerusi SKMM untuk membatalkan Arahan dan Penentuan tersebut serta mengkaji semula instrumen-instrumen tersebut dengan kadar segera.

Langkah beliau sebelum ini yang mengarahkan pemberian spektrum 700Mhz kepada pemegang lesen individu amat memeranjatkan, terutama sekali apabila ia diberikan kepada Altel Communications Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dilihat tidak pro-aktif mengembangkan infrastruktur rangkaian mereka apabila menjadi penerima individu spektrum 2600MHz terbesar pada tahun 2012, menerusi syarikat induknya, Puncak Semangat Sdn Bhd.

Altel Communications Sdn Bhd merupakan sebahagian dari kumpulan syarikat AlBukhary, dan anak syarikat kepada Altel Holdings. Ini menjadikannya salah satu syarikat milik taikun korporat Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary.

Apakah yang membuatkan Saifudin mengeluarkan arahan awal peruntukan, kemudiannya berpatah balik membatalkannya? Rangkaian 5G yang mahu dibina di Malaysia bukan sahaja perlu cepat disediakan, tetapi mesti dibangunkan dengan efisyen agar ia boleh berfungsi seluas mungkin dan dimanfaatkan oleh lebih ramai rakyat di Malaysia.

BACA  WhatsApp ada 5 perkara baru, tak perlu kongsi nombor lagi untuk kenalan baru

Kenyataan penuh pembatalan oleh Saifuddin seperti berikut:

KENYATAAN MEDIA

PEMBATALAN ARAHAN & PENENTUAN BERKENAAN PENGGUNAAN SPEKTRUM DI DALAM JALUR FREKUENSI 700MHZ, 900MHZ DAN 2600MHZ

Sumber spektrum merupakan satu aset negara yang diuruskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM). Pengurusan dan kawal selia penggunaan spektrum ini adalah berdasarkan kepada peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Spektrum) 2000.

Sepertimana yang kita sedia maklum, pengurusan dan penguntukan spektrum ini adalah penting untuk pembangunan negara melalui perkembangan pelbagai sektor seperti perkhidmatan sektor telekomunikasi, penyiaran, sains dan teknologi, kesihatan, maritim dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu,18 instrumen termasuk Arahan dan Penentuan berkenaan penggunaan spektrum jalur frekuensi 700MHz, 900MHz, dan 2600MHz telah dibentangkan kepada saya. Atas dasar isu-isu teknikal, undang-undang dan perlunya mengikut proses yang telus, saya telah mengarahkan Pengerusi MCMC untuk membatalkan Arahan dan Penentuan tersebut serta mengkaji semula instrumen-instrumen tersebut dengan kadar segera.

Kerajaan melalui KKMM komited dalam usaha untuk membangunkan negara serta memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam teknologi dan telekomunikasi, capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi dan kemudahan ICT terkini serta berkualiti tinggi.

DATO’ SAIFUDDIN ABDULLAH
MENTERI KOMUNIKASI & MULTIMEDIA MALAYSIA
3 JUN 2020

Sumber: KKKM