Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Merah menyala pilihan warna terbaru di Galaxy S20+

Samsung Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan warna baru untuk telefon flagshipnya. Galaxy S20+ kini boleh dimiliki dalam warna merah menyala, dikenali dengan nama Aura Red. Ia adalah warna keempat untuk Galaxy S20+, yang sebelum ini datang dengan pilihan warna Cloud Blue, Cosmic Gray dan Cosmic Black.

Bulan lepas, Samsung juga memperkenalkan warna baharu Cloud White, untuk varian tertinggi Galaxy S20 Ultra 5G. Varian ini hanya ada dua warna sebelum ini, Cosmic Gray dan Cosmic Black. Bagi varian terendah, Galaxy S20 masih kekal dengan tiga warna iaitu Cosmic Gray, Cloud Blue dan Cloud Pink.

Harga jualan untuk warna baru ini juga kekal sama, RM3,999 dengan storan 128GB. Samsung juga masih belum mengubah harga untuk varian lain. Galaxy S20 128GB masih dengan harga RM3,599 manakala Galaxy S20 Ultra 5G berharga RM4,999.

Galaxy S20+ dikuasakan cip Exynos 990 8-teras yang dibina dari proses EUV 7nm. Ia digandingkan bersama RAM LPDDR5 sebanyak 8GB, serta storan dalaman UFS3.0 seluas 128GB. Telefon ini juga menyokong kad mikroSD sehingga 1TB.

Skrin sebesar 6.7-inci berlubang, digunakan oleh Galaxy S20 Ultra. Ia dari jenis Dynamic AMOLED dengan resolusi QuadHD+, serta refresh rate setinggi 120Hz. Pengimbas capjari dipasang di dalam skrin ini.

Kamera adalah berbeza untuk ahli Galaxy S20. Bagi Galaxy S20+ ia dilengkapi 4 kamera belakang, menggandingkan kamera utama 12MP F1.8, kamera ultra lebar 12MP F2.2, kamera telefoto 64MP F2.0 dan kamera ToF. Ia boleh mengezum hibrid 3x dan zum digital sehingga 30x. Kamera hadapannya 10MP F2.2, terletak di dalam lubang di atas skrin.

Bateri berkapasiti 4,500mAh dimuatkan di dalam Galaxy S20+ dan ia menyokong pengecasan pantas 25W melalui USB-C serta pengecasan wayarles 15W. Ia juga kalis air dan debu IP68 dan memiliki pembesasr suara stereo.

BACA  Galaxy Note 20 dan beberapa peranti Samsung akan dilancarkan pada 5 Ogos

Galaxy S20+ dengan warna merah menyala yang baharu, kini boleh didapati di Stor Fizikal Samsung serta di Stor Online Samsung Malaysia.