Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Pengguna Unifi Mobile akan terus terima data percuma sehingga 31 Ogos

Telekom Malaysia (TM) hari ini mengisytiharkan bahawa mereka akan meneruskan pemberian data percuma kepada pengguna Unifi Mobile, walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat. Fasa ke-5 PKP akan berakhir pada 9 Jun, tetapi masih belum diketahui sama ada ia akan dihentikan atau diteruskan.

Bermula dari 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020, semua pelanggan pascabayar dan prabayar Unifi Mobile akan diberikan 1GB data LTE percuma setiap hari, yang boleh digunakan dari pukul 8 pagi hingga 6 petang. Kuota percuma ini akan digunakan terlebih dahulu sebelum kuota yang dilanggan.

Tetapi, kuota percuma ini hanyalah untuk sambungan internet 4G LTE sahaja. Jika pengguna bersambung ke 2G atau 3G, maka ia akan menggunakan kuota data biasa.

Sebelum ini, TM telah memberikan pas Hotspot 4G LTE sebanyak 999GB untuk pelanggan pascabayar Unifi Mobile. Manakala pengguna prabayar, menerima Pas #BEBAS Weekly bernilai RM20 untuk 7 hari percuma, yang boleh diperbaharui setiap kali tamat tempoh. Pas ini memberikan penggunaan data 4G LTE tanpa had, termasuk berkongsi hotspot. Tawaran sedia ada ini akan diteruskan sehingga 9 Jun 2020.

TM juga memaklumkan bahawa operasi pusat khidmat pelanggan unifi, serta pusat-pusat khidmat pelanggan lain yang memberi khidmat sokongan kepada pelbagai perusahaan utama dan sektor awam, akan kembali kepada waktu operasi biasa bermula 8 Jun 2020 seperti berikut:

Anand Vijayan, Ketua Pegawai Komersil, TM berkata, “Kami memahami bahawa semua orang sedang berusaha menyesuaikan diri dengan kehidupan normal baharu secara beransur-ansur dan mereka mencari cara untuk kekal terhubung dan kekal produktif. Dengan data 1GB LTE percuma ini, pelanggan unifi Mobile kami boleh menggunakannya untuk peralatan produktiviti dalam talian, mendapatkan perkembangan berita terkini, pembelajaran dan pendidikan dalam talian atau melayari internet secara umum untuk mendapatkan maklumat yang mereka inginkan. Penawaran ini memberi penyelesaian kepada kegusaran mereka untuk mendapatkan lebih data dan kami berharap mereka boleh memanfaatkannya sepenuhnya.”

BACA  Astro menguji aplikasi Android TV dengan pendaftaran tanpa perlu melanggan satelit

“Dalam kami kekal komited terhadap keselamatan dan kesihatan pelanggan-pelanggan kami, mereka boleh melayari portal StayAlert.my – sumber maklumat sahih sehenti yang boleh diakses secara percuma tanpa sebarang caj yang dibangunkan oleh TM untuk membantu rakyat Malaysia kekal bermaklumat dengan berita terkini dan perkembangan terbaharu COVID-19. Penawaran ini juga termasuk akses secara percuma tanpa sebarang caj kepada aplikasi mudah alih berkaitan Covid-19 iaitu Gerak Malaysia, MySejahtera dan MyTrace serta laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); dan panggilan percuma tanpa had ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) KKM,” tambah Anand.

“Pelanggan kini boleh berhubung dengan TM sama ada menerusi Pusat Khidmat Pelanggan atau pelbagai saluran digital kami pada waktu operasi biasa sekiranya mereka memerlukan sebarang bantuan sokongan perkhidmatan dan ejen-ejen kami akan sedia untuk membantu. Sebagai penyedia perkhidmatan penting kepada negara, kami akan terus menyesuaikan operasi kami bagi memastikan keselamatan anggota TM mengikut panduan dan peraturan yang digariskan oleh pihak Kerajaan, sambil kami kekal komited untuk mengekalkan kesinambungan perkhidmatan kami dengan lancar untuk rakyat Malaysia di seluruh negara. Kami berdoa untuk keselamatan dan kesihatan seluruh rakyat Malaysia di samping mengharapkan agar situasi ini akan terus pulih, dari segi sosial dan ekonomi untuk manfaat kita semua,” akhiri beliau.

Untuk maklumat lanjut, pertanyaan, perkhidmatan pelanggan, langganan dan sebarang bantuan yang berkaitan, sila layari www.unifi.com.my. Pelanggan juga boleh menghubungi Unifi menerusi saluran berikut:

▪ Aplikasi myunifi (Di Android dan iOS)
▪ Portal unifi – unifi.com.my
▪ Forum komuniti unifi dalam talian di community.unifi.com.my
▪ Live Chat – http://bit.ly/unifilivechat
▪ Emel – [email protected]
▪ Facebook – https://www.facebook.com/weareunifi/
▪ Twitter – https://twitter.com/helpmeunifi