• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Apa yang akan PM bentang dalam Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek esok?

  • OLEH Najib
  • 11:13 pm
  • 04/06/2020
  • Komen
Apa yang akan PM bentang dalam Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek esok?
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang baru selesai menjalani kuarantin 14-hari kerana kenalan rapat yang positif COVID-19, akan menyampaikan perutusan khas pada hari esok, Jumaat 5 Jun 2020 pukul 3 petang. Perutusan khas ini bertajuk Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek.

Pelan ini dijangka sebagai kesinambungan kepada Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan pada bulan Mac lepas, di antaranya menyediakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Di dalam BPN, kerajaan telah memberi bantuan wang tunai kepada golongan B40 dan M40 dalam 2 peringkat, pada bulan April dan Mei.



Tonton Perutusan Khas Perdana Menteri berkenaan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek esok (Jumaat, 5 Jun) pukul 3 petang di Astro 502, myFreeview 121, unifi TV 631, LIVE Facebook & Youtube Bernama TV. pic.twitter.com/Q84rQFVKUR

— BERNAMA (@bernamadotcom) June 4, 2020

Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih diteruskan sehingga 9 Jun 2020, kerajaan mungkin akan menyalurkan lagi bantuan secara terus kepada rakyat. Tetapi ada yang mengatakan ia tidak lagi diberikan dalam bentuk wang tunai.

Selain pemberian wang tunai kepada golongan B40 dan M40, kerajaan turut memberikan bantuan wang tunai tambahan kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH), pesara kerajaan, pemandu teksi dan e-hailing dan petugas Rela. Kerajaan turut mengumumkan moratorium dalam bentuk pengecualian pinjaman peribadi, kereta dan rumah di bank selama 6-bulan. Diskaun elektrik sehingga 50% turut diberikan kepada pengguna di rumah serta 1GB internet percuma setiap hari oleh syarikat telekomunikasi.



Manusia paling bertuah semasa Pakej Rangsangan Ekonomi diumumkan adalah makcik Kiah, watak yang disebut oleh Perdana Menteri menerima banyak bantuan yang disenaraikan. Tetapi adakah makcik Kiah masih dapat bertahan sehingga hari ini?

Selain itu, kita juga boleh menjangkakan pengumuman berkenaan PKP akan dilanjutkan atau tidak selepas 9 Jun. Mungkin kita sudah selesa sejak PKP Bersyarat diumumkan, yang membenarkan orang ramai kembali keluar rumah untuk bekerja walaupun dengan peraturan yang ketat. Tetapi peningkatan semula kes positif kepada 3 angka hari ini dilihat boleh memberi kesan kepada lanjutan tempoh PKP.

Terkini #covid19malaysia, 4 Jun
Kes sembuh = 28
Jumlah kes sembuh = 6,559
Kes baharu positif = 277
Jumlah positif = 8,247
Kes kematian = 0
Jumlah Kes kematian = 115
Sebanyak 6 kes dirawat di ICU dan 2 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan. pic.twitter.com/wAIjATTeAP

— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) June 4, 2020

Apakah yang anda harap akan diumumkan Perdana Menteri esok? Mudah-mudahan hajat anda akan dikabulkan.

Anda boleh menyaksikan perutusan khas ini pada pukul 3 petang, secara langsung di RTM, TV Bernama, TV3 dan Astro Awani.

Sumber: Bernama

Tags: COVID-19muhyiddin yassinPakej Rangsangan Ekonomi
Najib

Najib

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Apa yang akan PM bentang dalam Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek esok?

Apa yang akan PM bentang dalam Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek esok?

4 June 2020
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN