Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Tempahan kamera vlogging Sony ZV-1 dibuka pada harga bermula RM3,399

Kamera kompak terbaru Sony ZV-1 ini dilancarkan penghujung Mei 2020 yang lalu dan ditujukan pada pengguna yang gemar bervlogging menggunakan model seperti RX100. Kalau anda berminat untuk dapatkannya, tempahannya sudah dibuka pada harga RM3,399. Walaupun harganya agak tinggi, ia lebih murah daripada RX100 VII yang ada tanda harga RM5,099.

Untuk lakukan tempahan, anda boleh pergi ke Stor Online Sony sekarang. Tempahan awal ini dibuka sehingga 30 Jun 2020. Pada harga RM3,399 anda beroleh kamera beserta dua item percuma iaitu kad memori 64GB serta sekeping bateri tambahan. Kakau nak lebih value-for-money anda boleh dapatkan kombo Shooting Grip pada harga tambahan RM199.

Sony ZV-1 masih gunakan sensor 1” seperti keluarga RX100 yang lain. Ia berupaya menangkap gambar pegun 20MP. Untuk video, ia boleh merakam pada resolusi 4K sehingga 30fps atapun gerak perlahan FHD pada kadar 120fps. Ada juga fungsi supergerak perlahan 960fps tapi bukanlah dalam resolusi FHD.

Ciri paling menarik adalah paparannya dikilas ke sisi berbanding ke atas dan bawah untuk model-model RX100 sebelum ini.

Fizikaliti ada sedikit kelainan kerana banyak fungsinya ditujukan untuk juruvideo. Anda akan dapati bahagian grip tangannya agak besar untuk beri keselesaan semasa merakam gunakan sebelah tangan. Ia juga ada hotshoe untuk dipadankan dengan mikrofon yang lebih elok ataupun jika nak gunakan mikrofon terbina, anda boleh gunakan bebulu “dead cat” untuk saring bunyi angin.

Di bahagian lensa, cakupan zumnya tak sejauh RX100 VII tapi seperti RX100 V. Ia ada julat fokal 24-70mm dengan bukaan apertur F1.8 hingga F2.8.

ZV-1 adalah sebuah kamera vlog permulaan yang baik. Ia miliki saiz yang kompak dan sangat mudah dibawa. Namun, harganya sedikit tinggi untuk pengguna baru. Sudahnya, tentu ramai yang akan berbelah bahagi sama ada ingin pergi kepada GoPro Hero 8 Black dan gunakan baki wang untuk beberapa kamera tambahan beserta aksesori.

BACA  Playstation 5 warna hitam ditemui disebalik materi pemasaran Sony

Tempahan boleh dilakukan di pautan ini.