• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKPP: RapidKL batal operasi pembatalan penjarakan sosial di dalam tren dan stesen

  • OLEH Najib
  • 7:30 pm
  • 09/06/2020
  • Komen
Pengguna LRT, MRT, Monorel dan Komuter kini boleh mula guna jejantas pejalan kaki ke Mid Valley
Share on FacebookShare on Twitter

Pagi tadi, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Abdul Hadi Amran mengumumkan bahawa RapidKL akan menamatkan peraturan penjarakan sosial di dalam tren dan stesen bermula Rabu, 10 Jun 2020. Ia sejajar dengan prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Kementerian Pengangkutan, yang membenarkan kapasiti 100% penumpang dalam semua perkhidmatan rel, kecuali Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Antara Bandar.

Tetapi tengahari tadi, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan, SOP dan polisi berkaitan penjarakan sosial perlu diteruskan oleh semua pengendali pengangkutan awam. RapidKL tiada hak untuk mengubahnya sebelum mendapat kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN).



Rapid Rail tiada kuasa ubah peraturan penjarakan sosial – @IsmailSabri60#SOP#JagaJarak#KitaJagaKita#PKPP https://t.co/jbH12nk9lE pic.twitter.com/jE1b8YOxxX

— BERNAMA (@bernamadotcom) June 9, 2020

Sehubungan itu, Rapid KL mengeluarkan kenyataan akan akur dengan arahan kerajaan dan patuh pada polisi penjarakan sosial. Polisi ini akan terus dilaksanakan sehingga keputusan baru dibuat oleh pihak kerajaan.

Rapid KL menyeru agar semua penumpang yang akan kembali bekerja pada 10 Jun nanti, dapat mematuhi polisi yang telah ditetapkan dan sentiasa memberi kerjasama dengan pasukan Rapid KL yang bertugas di stesen.



Pengesanan suhu akan diadakan di semua pintu masuk stesen. Semua penumpang juga wajib memakai topeng muka dan menggunakan pembasmi kuman. Penumpang juga diminta mematuhi penjarakan sosial dan menuruti arahan yang ditetapkan untuk mengawal kelancaran dan memastikan tidak ada orang ramai berkumpul bersama.

Walaupun lebih banyak kelonggaran diberikan kerajaan, masyarakat harus terus berwaspada dengan mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian kerana COVID-19 masih ada di sekitar kita. Kekalkan penjarakan sosial, pakai penutup muka dan gunakan pembasmi kuman selalu. Kita boleh mengubahnya.

Sumber: Astro Awani

Tags: RapidKL
Najib

Najib

POPULAR

Pengguna LRT, MRT, Monorel dan Komuter kini boleh mula guna jejantas pejalan kaki ke Mid Valley

PKPP: RapidKL batal operasi pembatalan penjarakan sosial di dalam tren dan stesen

9 June 2020
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

10 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN