• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

Terbang tanpa had dalam Malaysia dengan Pas Tanpa Had AirAsia Cuti-Cuti Malaysia

  • OLEH Najib
  • 1:23 pm
  • 10/06/2020
  • Komen
Terbang tanpa had dalam Malaysia dengan Pas Tanpa Had AirAsia Cuti-Cuti Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

KEMASKINI 13/6/2020: Jualan Pas Tanpa Had AirAsia ini dilanjutkan sehingga 15 Jun 2020. Sumber: AirAsia

Kerajaan Malaysia telah membatalkan sekatan untuk pergerakan merentas negeri apabila Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuasakan, bermula hari ini 10 Jun 2020. Jika anda berminat bercuti dalam negara, anda boleh mendapatkan Pas Tanpa Had AirAsia Cuti-Cuti Malaysia. Ia satu langkah AirAsia untuk memacu pelancongan domestik Malaysia bagi menyokong usaha kerajaan.



Pas ini ditawarkan pada harga RM399, untuk pemegang keahlian AirAsia BIG di Malaysia. Ia hanya dijual selama 3 hari, dari 11 Jun (10 pagi) hingga 13 Jun 2020 (11.59 malam). Kemudian, pas ini boleh digunakan untuk penerbangan bila-bila masa antara 25 Jun 2020 hingga 31 Mac 2021.

Pemilik pas ini boleh terbang ke mana-mana 16 destinasi di Malaysia iaitu: Alor Setar, Langkawi, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuching, Miri, Bintulu, Sibu, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Labuan.



Kepada yang berminat, pembelian Pas Tanpa Had AirAsia Cuti-Cuti Malaysia boleh dibuat menerusi laman web airasia.com/deals atau aplikasi mudah alih AirAsia, di bawah pautan Deals.

Sebelum membeli pas ini, anda harus memahami syarat-syarat untuk menggunakannya. Harga pas ini hanyalah untuk tambang asas, tidak termasuk pembelian add-on seperti makanan dan bagasi, caj perkhidmatan penumpang (PSC) RM11, caj perkhidmatan pengawalseliaan RM1 dan lain-lain caj.

Pas ini juga hanya boleh digunakan untuk penerbangan domestik secara terus, dengan kod penerbangan AK sahaja. AirAsia juga menyediakan kerusi terhad untuk pemegang pas ini dan ia mungkin tiada kekosongan pada waktu cuti sekolah, cuti am dan hujung minggu.

Paling penting, tempahan mestilah dibuat sekurang-kurangnya sebelum 14 hari dari tarikh penerbangan. Tempahan boleh dibuat menerusi laman web www.airasia.com atau aplikasi AirAsia. Anda boleh membuat sehingga 2 tempahan pada hari yang sama tetapi haruslah dari destinasi yang berbeza.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh membaca panduan membeli dan menggunakan Pas Tanpa Had AirAsia Cuti-Cuti Malaysia di sini. Anda juga boleh menyemak terma dan syarat, serta soalan lazim FAQ di sini.

Walaupun bercuti, kesihatan dan keselamatan masih perlu diutamakan. AirAsia memaklumkan mereka akan terus mematuhi nasihat dan peraturan kerajaan serta pihak berkuasa kesihatan, seperti melaksanakan prosedur tanpa sentuhan sepanjang perjalanan dan langkah-langkah keselamatan baharu, serta kemudahan untuk mereka yang berisiko bagi memastikan keselamatan untuk semua.

KEMASKINI 13/6/2020: Jualan Pas Tanpa Had AirAsia ini dilanjutkan sehingga 15 Jun 2020. Sumber: AirAsia

Sumber: AirAsia

Tags: AirAsiaPKPP
Najib

Najib

POPULAR

Terbang tanpa had dalam Malaysia dengan Pas Tanpa Had AirAsia Cuti-Cuti Malaysia

Terbang tanpa had dalam Malaysia dengan Pas Tanpa Had AirAsia Cuti-Cuti Malaysia

10 June 2020
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

18 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN