• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi Notebook dikemas kini dengan cip Intel generasi ke-10

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:09 pm
  • 11/06/2020
  • Komen
Mi Notebook dikemas kini dengan cip Intel generasi ke-10
Share on FacebookShare on Twitter

Menerusi satu livestream yang diadakan, Xiaomi mengumumkan kemas kini terhadap barisan Mi Notebook mereka. Sebagai permulaan, produk ini akan dipasarkan di India terlebih dahulu.

Ada dua model dilancarkan iaitu:



  • Mi Notebook 14 Horizon Edition
  • Mi Notebook 14

Laptop ini asasnya adalah laptop yang seiras. Perbezaan yang boleh anda dapati ialah pada CPU yang digunakan serta konfigurasi RAM dan storan yang dimilikinya.

Barisan Mi Notebook 14 ini miliki badan aloi hasil gabungan materi alumunium dan magnesium. Ia ada paparan sebesar 13.3” dengan resolusi FHD. Menurut Xiaomi, mereka mengenakan lapisan khas untuk minimumkan silau sewaktu menggunakannya. Untuk tahap mobilitinya, ia cuma seberat 1.35kg.



Papan kekuncinya menggunakan binaan ciklet dan menurut Xiaomi, ia ada jarak sesaran 1.3mm. Lagi tentang papan kekunci, ia tiada lampu latar sekiranya anda bercadang untuk gunakannya dalam keadaan gelap. Paling menonjol pada laptop ini ialah pad sesentuh yang besar.

Atas papan utama, ada dua jenis CPU yang menguasakan laptop ini, bergantung pada model. Anda sama ada boleh dapatkannya dengan Intel Core-7 ataupun Intel Core-i5. RAM laptop ini dibekalkan sebanyak 8GB dan storan sama ada 256GB ataupun 512GB daripada jenis SSD.

Di bahagian port sambungan, anda diberikan sejumlah penyambung. Yang pertama, anda terima jek HDMI, 2 USB 3.1, 1 USB 2.0 dan USB-C (Horizon Edition sahaja).

Membekalkan tenaga pada laptop ini ialah bateri berkapasiti 46Wh yang katanya boleh berkhidmat kepada anda selama 12 jam lamanya bergantung pada pola penggunaan.

Berikut adalah harga jualan siri Mi Notebook 14 di India:

  • Mi Notebook 14 Horizon Edition – Core-17, GeForce MX250, 512GB – INR59,999 (RM3,366)
  • Mi Notebook 14 Horizon Edition – Core-i5, GeForce MX350, 512GB – INR54,999 (RM3,085)
  • Mi Notebook 14– Core-i5, GeForce MX250, 512GB – INR47,999 (RM2,693)
  • Mi Notebook 14– Core-i5, Intel UHD 620, 512GB – INR44,999 (RM2,524)
  • Mi Notebook 14– Core-i5, Intel UHD 620, 256GB – INR41,999 (RM2,356)

Layari laman rasmi porduk untuk maklumat lanjut.

Tags: mi notebookmi notebook 14mi notebook 14 horizon editionxiaomi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

7 October 2025
Mi Notebook dikemas kini dengan cip Intel generasi ke-10

Mi Notebook dikemas kini dengan cip Intel generasi ke-10

11 June 2020
Tesla Malaysia umum promosi akhir sebelum pengecualian cukai EV tamat

Tesla Malaysia umum promosi akhir sebelum pengecualian cukai EV tamat

13 October 2025
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER