• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKPP: Solat Jumaat di negeri Selangor disambung semula 12 Jun 2020

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:39 pm
  • 11/06/2020
  • Komen
PKPP: Solat Jumaat di negeri Selangor disambung semula 12 Jun 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas pengumuman Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan aktiviti Solat Jumaat di kawasan tersebut, kerajaan negeri Selangor turut mengeluarkan arahan yang hampir sama. Berdasarkan titah Sultan Selangor, baginda telah berkenan agar masjid dan surau di sekitar negeri Selangor dibuka secara berperingkat.

Bermula 12 Jun 2020, aktiviti Solat Fardhu berjemaah dan Solat Jumaat akan disambung semula namun ada beberapa garis panduan yang perlu dipenuhi. Yang pertama ialah, Solat Jumaat boleh diadakan dalam jemaah bersaiz 40 orang tidak termasuk Pegawai dan Ahli Jawatankuasanya.



40 orang yang terpilih akan menerima jemputan, menurut arahan, menerusi kad. Individu yang tidak dijemput boleh melaksana Solat Zohor ditempat masing-masing tanpa masalah.

Tentang Solat Fardhu, bukan semua waktu solat dibenarkan ditunaikan secara berjemaah. Yang dibenarkan ialah tiga waktu iaitu Subuh, Maghrib, dan Isyak.



Semua aktiviti Masjid dan Surau sepanjang PKPP ini perlu mematuhi garis panduan yang diterbitkan JAIS. Pegawai serta ahli jawatankuasa Masjid diberi kuasa penuh untuk menguatkuasakan garis panduan tersebut.

Sumber: Bernama

Tags: CoronavirusCOVID-19covid19PKPPSelangor
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

PKPP: Solat Jumaat di negeri Selangor disambung semula 12 Jun 2020

PKPP: Solat Jumaat di negeri Selangor disambung semula 12 Jun 2020

11 June 2020
MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

23 November 2026
Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

22 November 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

18 November 2026
Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

19 November 2026
Beli BMW atau Mercedes-Benz terpakai? Carsome Premium tawar waranti 5 tahun

Beli BMW atau Mercedes-Benz terpakai? Carsome Premium tawar waranti 5 tahun

24 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN