Gandingkan iPhone SE Baharu dengan rangkaian telco terbaik Malaysia, itu baru bijak

Sudah lama saya tak dengar iPhone baharu yang ada tanda harga kurang RM2,000. Dua iPhone terakhir yang saya ingat ialah iPhone SE (2016) yang dilancarkan pada harga RM1,949 dan iPhone 6 32GB (2017) yang dilancarkan pada harga RM1,999.

Sejak iPhone 7, semua iterasi iPhone melangkaui tanda harga RM3,000 sehinggalah tahun ini dengan kehadiran iPhone SE baharu yang boleh anda dapatkan pada harga RM1,999.

Sebagai iPhone termurah dalam kalangan semua yang dilancarkan dalam tahun 2020, sudah tentu ia bakal menarik minat pengguna yang peka dengan harga.

Di Maxis, ada beberapa saluran yang boleh anda gunakan untuk dapatkan seunit iPhone SE Baharu. Selain kontrak biasa, melalui Zerolution anda boleh berjimat sehingga RM663 daripada harga pasaran iPhone tersebut.

Sudahlah kos pemilikan antara yang terendah berbanding yang lain, anda juga menikmati kualiti rangkaian telco yang mantap. Menjelang gelombang 5G yang kian deras, anda tak perlu risau kerana Maxis sudahpun bersiap sedia untuk jadi antara yang terawal sediakan sambungan Internet superpantas kepada anda.

A close up of a remote control

Description automatically generated

Berbalik kepada iPhone SE Baharu, sekilas pandang, telefon ini Nampak seperti kembar iPhone 8. Tapi, anda jangan tertipu dengan rupa parasnya kerana ia miliki prestasi setanding siri iPhone 11 kerana diperkasa cip A13 Bionic, sama seperti flagship terulung Apple setakat ini.

A picture containing indoor, sitting, table, computer

Description automatically generated

Walaupun ia cuma ada satu kamera belakang, dengan penggunaan algoritma yang kompleks, gambar anda seperti diambil dengan sistem berbilang kamera. Ya, iPhone SE Baharu ada fungsi potret untuk kesan bokeh yang cantik.

A picture containing sitting, table, phone, holding

Description automatically generated

Wi-Fi 6 adalah salah satu ciri mempersiapkan telefon ini terhadap masa depan sedangkan kebanyakkan telefon sekarang masih di Wi-Fi 5. Dengannya, capaian Internet boleh pergi sehingga 10Gbps berbanding 1.3Gbps berbanding generasi sebelumnya.

BACA  Cuba anda teka harga kabel baru Thunderbolt 3 Apple dengan kemasan sirat
A hand holding a cellphone

Description automatically generated

Untuk pengguna cemerkap, telefon ini ada tahap kekalisan debu/air IP67. Ia boleh temani anda dalam hujan ataupun secara tak sengaja terjatuh dalam lopak air sedalam sehingga semeter.

A close up of electronics

Description automatically generated

iPhone SE Baharu menyokong fungsi eSIM. Maxis ada sediakan perkhidmatan eSIM dan manfaatnya adalah anda tak perlu risau kehilangan sim fizikal dan kalau anda pergi ke luar negara, anda boleh gunakan slot fizikal untuk kad SIM negara tempat anda lawati.

A close up of a hand

Description automatically generated

iPhone SE Baharu ini sangat sesuai buat pengguna iPhone 8 dan yang lebih lama ataupun pengguna yang baru ingin menyertai kem Apple. Disebabkan harga yang mampu milik, iPhone SE Baharu juga tentu jadi pilihan utama ibu bapa yang ingin menghadiahi anak mereka dengan sebuah telefon bersempena hari istimewa.

Anda perlu ketahui yang di Maxis, mereka ada pelan pemilikan dengan komitment bulanan terendah, RM139/bulan untuk iPhone SE dan talian melalui pelan Maxis Postpaid Share. Malah, anda juga boleh berkongsi kuota Internet antara satu sama lain dan ia boleh dikawal selia oleh talian utama.

Menurut Laporan Kualiti Perkhidmatan (QoS) untuk penyedia perkhidmatan telco yang diterbitkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk tahun 2019, telco Maxis cemerlang dalam empat kriteria telco yang baik seperti yang digariskam SKMM iaitu:

  1. Kelajuan muat turun purata terbaik seluruh negara (32.21Mbps)
    1. Kelajuan maksimum terbaik (140.87Mbps)
    1. Latensi terendah seluruh negara (39.15ms)
    1. Kadar kehilangan paket data terendah (hampir 0%)

Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Jadilah sebahagian daripada pengguna bijak dan dapatkan iPhone SE Baharu melalui Maxis Zerolution.