• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Tonton pelancaran Asus ExpertBook B9 untuk menang hadiah bernilai RM3,500

  • OLEH Najib
  • 12:30 pm
  • 15/06/2020
  • Komen
Tonton pelancaran Asus ExpertBook B9 untuk menang hadiah bernilai RM3,500
Share on FacebookShare on Twitter

Asus Malaysia akan melancarkan sebuah laptop perniagaan yang sangat ringan, iaitu Asus ExpertBook B9. Ia dinobatkan sebagai laptop perniagaan dengan skrin 14-inci, paling ringan di dunia.

Pelancaran laptop ini akan diadakan secara strim siaran langsung, di Facebook Asus Malaysia, pada hari Isnin 15 Jun 2020, pukul 7 malam. Acara pelancaran ini akan dihoskan oleh Rory Lee, rakan kami di SoyaCincau. Beliau akan ditemani oleh Bella Khan, pengasas Bkdotmy Enterprise.



Asus Malaysia juga menawarkan hadiah untuk mereka yang berkongsikan berita pelancaran laptop ini. Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Like dan Share status livestream Asus Malaysia ke facebook anda, sebelum ia bermula iaitu pukul 7 malam.
  2. Kemudian, jawab soalan mudah yag diberikan semasa livestream tersebut berlangsung.
  3. Sertakan tanda pagar #Expertbook dan tag 3 rakan anda di ruangan komen status tersebut, bersama jawapan.
  4. Tunggu pengumuman nama pemenang pada akhir livestream.
    *Tertakluk kepada terma dan syarat

Menggunakan badan yang diperbuat dari aloi magnesium-lithium, ia membolehkan laptop Asus ExpertBook B9 memiliki berat 870gram sahaja. Bingkai yang nipis pula memuatkan skrin 14-inci ke dalam badan 13-inci, menjadikannya sangat kompak untuk dimuatkan ke dalam beg bimbit.



Laptop ini dikuasakan oleh pemproses Intel Core-i generasi ke-10, bersama pemproses grafik Intel UHD Graphics 620. Ia dipadankan bersama RAM DDR3, serta storan dalaman dwi-SSD dari jenis M.2 NVMe PCIe 3.0 x4 yang sangat pantas.

Sebagai sebuah laptop untuk perniagaan, ExpertBook B9 memiliki semua sambungan yang diperlukan seperti USB-C dengan sokongan Thunderbolt 3, USB-A, HDMI, RJ-45 melalui micro HDMI, serta jek audio. Sambungan wayarlesnya juga terkini, dilengkapi WiFi 6 serta Bluetooth 5.0.

Ciri-ciri keselamatan lain yang siap terbina pada laptop ini adalah seperti cip keselamatan Trusted Platform Module TPM 2.0, Windows Hello dengan perisian pengecaman wajah, pengimbas capjari, penutup kamera dan slot kunci Kensington. Asus juga memasang siap ASUS Business Manager yang membolehkan keselamatan storan lebih tinggi di samping berkemampuan mengunci akses storan USB.

Jangan lupa menonton siaran langsung pelancaran Asus ExpertBook B9 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai harga dan tarikh jualannya. Di samping itu, anda berpeluang memenangi hadiah bernilai RM3,500 jika mengikut langkah yang tepat, seperti yang diberitahu di atas.

Tags: asusAsus ExpertBook B9
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Tonton pelancaran Asus ExpertBook B9 untuk menang hadiah bernilai RM3,500

Tonton pelancaran Asus ExpertBook B9 untuk menang hadiah bernilai RM3,500

15 June 2020
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER