• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Penaja

Alami gaya hidup sihat dengan realme Band dan realme Buds Air Neo

  • OLEH Penaja
  • 12:46 pm
  • 16/06/2020
  • Komen
Alami gaya hidup sihat dengan realme Band dan realme Buds Air Neo
Share on FacebookShare on Twitter

realme ialah satu jenama yang melonjak pantas sekali. Menurut satu laporan analisis pasaran, realme ialah antara jenama yang paling pesar bertumbuh di Asia Tenggara untuk suku-1 2020.

Di Fillipina sahaja, mereka tumbuh 1800% berbanding suku sama tahun sebelumnya. Tak hairanlah mereka ingin masuki Malaysia macam tsunami berbekalkan keyakinan tinggi itu.

Kalau tak, masakan mereka berani memperkaya penawaran produk mereka di Malaysia khususnya produk AIoT. Jika anda pergi ke laman realme India, penawaran mereka di sana sama seperti realme Malaysia.

Dalam banyak-banyak produk AIoT yang diumumkan, dua daripadanya sangat sesuai sekiranya anda ingin pupuk amalan hidup sihat dalamkehidupan.

realme Band

Walaupun kecil pada sudut fizikalitinya sehinggakan anda mungkin tak rasa sedang memakainya, ia miliki ciri yang menarik. Gelang kecergasan ini boleh merekodkan aktiviti seharian anda walaupun ketika tidur.

Akselerometer yang ada dalam badannya berupaya memantau pola tidur anda. Ia merekodkan data bila anda tidur, bila anda berada dalam kitaran REM, dan bila anda bangun tidur.

Bila anda melakukan aktiviti, ia akan mula rakamkan setiap langkah anda supaya anda tahu yang anda memenuhi saranan 8,000 langkah sehari untuk kekal sihat.

Gelang ini memiliki tahap kekalisan debu/air pada IP68. Maka, janganlah risau untuk bawanya untuk bersenam, hatta dalam air sekalipun.

Melalui sensor pengimbas nadi yang terletak di bahagian bawah, ia boleh memantau kadar denyutan nadi anda pada masa nyata. Maka, anda boleh dapatkan maklumat seperti denyutan nadi ketika berehat dan beraktiviti untuk dibezakan.

Data-data ini seterusnya dibentangkan kepada anda dengan jelas dan mudah melalui aplikasi ‘realme Link’ yang boleh anda muat turun pada telefon anda.

Pada aplikasi ini, macam-macam benda lagi Yang boleh dibuat, terutamanya untuk tukar tetapan pada realme Band. Anda boleh ubah kecerahan paparan, tetapkan notifikasi, tukar muka jam dan sebagainya.

Bagusnya realme Band ini ialah anda tak perlu bawa akesori tambahan hanya untuk megecasnya. Port USB untuk terima tenaga sudahpun tersedia pada badan realme Band. Anda cuma perlu cucuk pada port pengecas yang berada di sekitar anda.

Untuk satu isian penuh, realme Band boleh bertahan sehingga 10 hari lamanya

realme Buds Air Neo

realme Buds Air Neo ialah produk TWS kedua dilancarkan di Malaysia selepas realme Buds Air. Walaupun fizikalitinya hampir serupa dengan Buds Air yang asal, harga jualannya nyata lebih rendah.

Buds Air Neo sangat sesuai bergandingan dengan realme Band untuk menemani anda semasa beraktiviti. Ia menjadikan senaman anda tak lagi membosankan kerana ia mampu hasilkan runut bunyi yang baik melalui pemacu 13mm.

Canggihnya realme Buds Air Neo ini sehinggakan sejurus sahaja anda buka penutup bekas penyimpanannya, telefon anda akan segera mengesan dan tawarkan kepada anda untuk tambatnya pada telefon iaitu melalui Bluetooth.

Melalui fungsi Google Fast Pair, anda tak perlu lagi lakukan proses renyah seperti pergi ke Setting, kemudian ke halaman Bluetooth, kemudian tunggu nama perkasakasan itu muncul dalam senarai.

Bukan setakat canggih, ia juga praktikal. Kalau anda biasa gunakan produk TWS, ia sangat terdedah kepada latensi yang agak panjang. Contohnya, bila anda tonton video atuapun main game, audio yang keluar tak selari dengan visual atas paparan.

realme Buds Air Neo ada fungsi Super Low Latency. Apabila diaktifkan, ia mengurangkan kesan latensi sehingga jadi 119ms sahaja. Jadi, audio dan visual yang anda layan di telefon menjadi lebih selari.

Produk ini juga ditambat pada telefon menerusi realme Link. Padanya, realme akan menghantar kemas kini firmware untuk setiap penambah baik prestasinya.

Bekas penyimpanan realme Buds Air Neo memiliki bateri. Apabila unit earfon disimpan, tenaga bateri akan dipindahkan daripada bekas ke earfon. Hasilnya, Buds Air Neo boleh berkhidmat kepada anda sehingga 17 jam lamanya.

Berapa harga?

Di realme, anda tak perlu berbelanja besar untuk amalkan gaya hidup sihat. realme Band dijual pada harga RM129 manakala realme Buds Air Neo pada RM199.

Tapi, anda boleh dapatkan kedua-duanya pada harga yang lagi rendah. Baca berikut untuk helahnya.

Kedua-dua produk ini akan mula dijual pada 22 Jun 2020. Pada hari pertamanya, ada potongan harga RM50 kedua-duanya. Maka, kalau anda sambar mereka serentak pad ahari yang sama, bolehlah anda jimat RM100.

Apa tunggu lagi? Bookmark laman realme di Shopee untuk lebih banyak tawaran menarik.

  • Halaman realme Band di Shopee.
  • Halaman realme Buds Air Neo di Shopee
Tags: penajaRealmerealme bandRealme Buds Air Neo
Penaja

Penaja

POPULAR

Alami gaya hidup sihat dengan realme Band dan realme Buds Air Neo

Alami gaya hidup sihat dengan realme Band dan realme Buds Air Neo

16 June 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER