• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Netizen pertikai pengumuman Pos Malaysia tentang kelewatan penghantaran bungkusan

  • OLEH Ghazali Alias
  • 6:37 pm
  • 23/06/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Pos Malaysia baru-baru ini memaklumkan bahawa pihaknya menjangkakan kelewatan penghantaran bungkusan kepada pelanggan. Ini berikutan, syarikat itu berhadapan dengan peningkatan jumlah bungkusan yang mendadak, terutama di Sabah dan Sarawak.

Perkara tersebut diumumkan menerusi laman sosial twitter @pos4you . Syarikat itu juga memaklumkan bahawa, pihaknya turut berdepan dengan kekangan dari jumlah penerbangan yang terhad. Ia menyebabkan kelewatan yang tidak dijangka untuk perkhidmatan penghantaran barangan di Malaysia Timur.



Pihak Pos Malaysia turut meminta maaf atas kesulitan yang berlaku dan sedang berusaha meningkatan kapasiti operasi. Ia bagi memastikan penghantaran bungkusan dapat disegerakan. Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai diminta untuk berhubung di AskPos.

Susulan pengumuman itu, ramai warganet yang mempersoalkan kenyataan dari Pos Malaysia. Terutama berkaitan kelewatan penghantaran bungkusan.



Terdapat satu komen dari pelanggan yang menyatakan bahawa isu kelewatan penghantaran telah lama berlarutan. Malah, syarikat tersebut perlu mengambil langkah segera daripada hanya meminta maaf.

Statement released only after MONTHS of complaints by CUSTOMERS. Get your act together la bukan baru first day you’re in this business. MEMALUKAN. And no, no need to reply with “apologies for the inconvenience”, show it through ACTION instead. Pos Malaysia BOD and mgmt plz quit.

— Nbk7590 (@nbk7590) June 22, 2020

Ramai warganet yang lain turut menyuarakan aduan tentang bungkusan mereka. Kebanyakan pelanggan belum menerima bungkusan yang telah dihantar oleh penjual. Ada yang mengadu bungkusan lewat sampai dua minggu, malahan ada yang kata sebulan. Terdapat juga pelanggan berkongsi status penghantaran bungkusan yang masih tersadai di parcel hub.

Terdahulu, Pos Malaysia turut mengeluarkan sebuah kenyataan balas terhadap video keadaan hub KLIA yang tular di laman sosial, semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Para pelanggan yang dihargai,
Pos Malaysia telah menerima secara purata lebih 600 ribu parcel setiap hari semasa tempoh PKP. Kakitangan kami tekun menjalankan tugas untuk memastikan semua parcel diserah kepada penerima. https://t.co/ydPkPVgyjL

— Pos Malaysia Berhad (@pos4you) April 29, 2020

Dalam kenyataan berkenaan, syarikat itu memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima secara purata lebih 600,000 parcel setiap hari. Hal ini membawa kepada timbunan bungkusan di Hub KLIA. Ia sekali gus menyebabkan kelewatan penghantaran bungkusan kepada pelanggan.

Tags: pos malaysiaposlaju
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Netizen pertikai pengumuman Pos Malaysia tentang kelewatan penghantaran bungkusan

23 June 2020
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN