Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

PKPP: TM pasang pengimbas suhu dan sistem rekod pergerakan di sekolah terpilih

Telekom Malaysia (TM) menjalin kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi pemasangan alat Penyelesaian Analitik Ramalan Saringan TM ONE atau ONE PASS di lima buah sekolah terpilih seluruh negara.

Lima sekolah yang terlibat adalah:

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
  2. SMK Presint 16 (1), Putrajaya
  3. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
  4. Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, Perak
  5. Tahfiz – Ma’ahad An Noer, Janda Baik, Pahang

Selain itu, TM turut menjalin kerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar/Pudu (PPDBP) menerusi sistem Early Warning, Alert and Response (EWAR) di 12 sekolah terpilih sekitar daerah berkenaan. Sekolah tersebut turut menerima 50 set pelindung muka cetakan 3D.

Menurut Naib Presiden, Jenama dan Komunikasi Kumpulan, TM, Izlyn Ramli, kerjasama menerusi pemasangan ONE PASS dan EWAR merupakan usaha pihaknya dalam membantu komuniti pendidikan untuk mengadaptasi normal baharu.

Mengulas lanjut tentang ONE PASS juga dilengkapi EWAR, ia adalah penyelesaian saringan dan pemantauan kesihatan pintar tanpa sentuh. Ia boleh mengesan suhu 100 individu dalam masa seminit. Pengesanan suhu juga boleh dilakukan pada jarak antara 1 hingga 3 meter.

Selain mempunyai EWAR, ONE PASS turut merangkumi Sistem Pengurusan Pelawat (VMS). Ia merupakan aplikasi yang merekod pergerakan keluar masuk kakitangan atau pelawat di kawasan sekolah. Ia berupaya menyimpan 25,000 profil pengguna.

TM turut menyediakan platform Antaramuka Pengaturcaraan Aplikasi (API). Kemudahan ini membolehkan VMS dihubungkan dengan aplikasi luar seperti Sistem Maklumat Geografik (GIS) dan sistem pengesanan kontak.

Dengan adanya sistem ini, segala maklumat individu di sekolah dapat dikumpulkan dan direkod. Sekiranya berlaku kes jangkitan COVID-19, pengesanan kontak dapat dilakukan dengan segera malah, maklumat juga boleh disalurkan kepada Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut.

BACA  Maklumat terkini COVID-19 boleh didapati di WhatsApp KKM

Sementara itu, TM turut melaksanakan inisiatif pencegahan COVID-19 menerusi penyerahan sebanyak 150 set pelindung muka cetakan 3D kepada pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Rumput, Melaka. Sekolah itu merupakan salah satu sekolah angkat di bawah program Sekolah Angkat TM.