Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Sensor pengimejan Canon ini cuma ada 1MP, tapi kenapa pembangunnya bersorak gembira?

Dalam telefon anda sekarang sudah ada sensor CMOS yang anda 108 juta bintil piksel yang boleh diguna untuk menangkap gambar. 48MP adalah perkara biasa. Tapi di Canon, mereka berbangga dengan sensor 1MP.

Prototaip sensor SPAD 1MP daripada Canon

Ia bukanlah sensor pengimejan yang biasa, sebaliknya sensor pengimejan daripada jenis single photon avalanche diode (SPAD).

Bezanya sensor SPAD daripada sensor konvesional dalam telefon anda ialah di setiap pikselnya, ada sistem elektronik yang membaca isyarat elektrik yang terhasil apabila photon menghentam permukaan peka cahaya berbanding isyarat elektrik dihimpun oleh pemproses image digital (DSP) secara pukal.

Salah satu perbezaan sensor CMOS dengan SPAD

Bukan sahaja ia mengesan photon, malahan ia mampu menggandakan bacaan tanpa meroskkan input. Bolehlah anda katakan sensor ini sangat sensitif terhadap cahaya.

Yang sebenarnya teknologi SPAD ini bukanlah benda baru. Ia sudah lama digunakan dalam lapangan saintifik. Perkara yang baru adalah memuatkan 1 juta piksel atas sensor SPAD dan pada masa yang sama mampu memuntahkan data pada kadar kurang daripada 100 pikosaat.

Apa yang anda boleh buat dengan sensor SPAD 1MP?

Sensor ini sangat sesuai untuk digunakan sebagai komponen kamera Time of Flight (ToF). Disebabkan cahaya adalah benda yang paling laju pernah dicerap, kita perlukan sensor yang boleh lakukan bacaan sepantas mungkin.

Samsung Galaxy S20 Ultra ada sensor 3D ToF

Sensor SPAD boleh mengetahui dengan tepat bilakah photon menghentam sensor. Berbekalkan maklumat kelajuan cahaya, jarak antara dua objek boleh diketahui.

Cara kamera 3D ToF berfungsi

Lapangan pemetaan juga mungkin boleh memanfaatkan sensor SPAD. Hasil gabungan sensor beresolusi tinggi dan kelajuan bacaan data, ketumpatan data yang dihimpun adalah jauh lebih tinggi berbanding menggunakan sensor laser yang biasa.

Saya tak rasakan yang ia akan berada dalam telefon anda buat masa terdekat ini.

BACA  COVID-19: Kes positif melonjak ke 62, tertinggi sejak Jun 2020