• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sokong pendanaan G6, pengecas pelbagai kepala 61W terkecil dengan diskaun 50% untuk waktu terhad

  • OLEH Najib
  • 1:03 pm
  • 26/06/2020
  • Komen
Sokong pendanaan G6, pengecas pelbagai kepala 61W terkecil dengan diskaun 50% untuk waktu terhad
Share on FacebookShare on Twitter

Teknologi GaN telah merevolusi industri elektronik dunia kerana ia membolehkan kuasa dialirkan di dalam rekaan yang lebih kecil. Semenjak dua ini, banyak pengeluar peralatan elektronik telah melancarkan pengecas berkuasa tinggi dalam badan yang kecil.

Tetapi masih belum ada yang menghasilkan pengecas berkuasa tinggi, yang datang bersama kepala pengecas pelbagai. Chargeasap (bukan pengecas asap), syarikat elektronik pengguna dari Sydney, telah melancarkan kempen sumbangan dana awam (crowdfunding) untuk produk terbaru mereka: G6. Ia adalah pengecas pelbagai kepala dengan kuasa sehingga 61W.



Kempen crowdfunding untuk G6 kini dijalankan di laman Indiegogo, dari 9 Jun hingga 24 Julai. Penghantaran pula dijangka bermula dari bulan September 2020. Orang ramai boleh menyumbang dari serendah RM167 untuk menyokong dan mendapatkan seunit pengecas G6.

Sebelum mendana kempen ini, lebih baik anda mengenali G6 dengan lebih mendalam. Menurut Chargeasap, G6 adalah pengecas pelbagai kepala pertama dengan kuasa setinggi 61W, di dalam badan kompak. Dengan kuasa 61W, ia boleh mengecas laptop Macbook Pro 13-inci melalui sambungan USB-C.



G6 boleh mengecas 3 peranti serentak, melalui 1 port USB-C dan 2 port USB-A padanya. Malah, pengguna boleh menambah satu lagi kepala pengecas di atas G6, menjadikan port mengecas padanya ditambah tanpa had.

Port USB-C pada G6 turut menyokong pelbagai teknologi pantas telefon pintar seperti Apple Fast Charge dan Qualcomm Quick Charge 3.0 18W. Tetapi port USB-A hanya menyokong sehingga 12W sahaja, tiada pengecasan pantas. Jumlah kuasa yang boleh dikeluarkan apabila ketiga-tiga port digunakan ialah 61W.

Pengecas G6 juga menyokong penggunaan alatan elektrik watt tinggi seperti seterika, pengering rambut dan pembakar roti. Ini kerana ia dilengkapi fius 8A, untuk penggunaan sehingga 800W @ 100V atau 2,000W @ 250V.

Lebih menarik lagi, G6 menampilkan teknologi fius auto-reset. Fius ini akan memotong arus apabila terdapat beban berlebihan dan menyambungnya semula seminit selepas itu. Jadi, pengguna tidak perlu membeli fius lain dan menukarnya. Chargeasap telah menguji fius auto-reset ini dan ia mampu bertahan sehingga 15,000 kali.

Pembeli G6 juga tidak perlu risau akan kualiti dan ketahanannya kerana Chargeasap memberikan jaminan selama 3-tahun. Ia menujukkan keyakinan pengeluar terhadap produk yang mereka hasilkan. Kepala pelbagai padanya, membolehkan ia digunakan pada lebih 200 negara, termasuk Malaysia.

Pengecas pelbagai kepala GaN G6 hanya seberat 170 gram dan ia boleh didapati di dalam warna hitam atau putih. Untuk pendana terawal, mereka boleh mendapatkan G6 pada harga serendah RM167 (diskaun 51%). Jika habis, tahap seterusnya ditawarkan pada harga RM210 (diskaun 38%). Selepas tamat tempoh pendanaan awam, G6 akan dijual pada harga rasminya, USD79 (~RM334).

Kepada yang berminat untuk menyertai kempen crowdunding G6, boleh melayari laman G6 di Indiegogo sekarang.

Sumber: Chargeasap

Tags: ChargeasapChargeasap G6GaNindiegogo
Najib

Najib

POPULAR

Sokong pendanaan G6, pengecas pelbagai kepala 61W terkecil dengan diskaun 50% untuk waktu terhad

Sokong pendanaan G6, pengecas pelbagai kepala 61W terkecil dengan diskaun 50% untuk waktu terhad

26 June 2020
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

18 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN