• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Saluran Berita RTM dilancar untuk siar lebih banyak berita benar dan melawan berita palsu

  • OLEH Najib
  • 11:10 am
  • 26/06/2020
  • Komen
Saluran Berita RTM dilancar untuk siar lebih banyak berita benar dan melawan berita palsu
Share on FacebookShare on Twitter

Radio Television Malaysia (RTM) semalam telah melancarkan saluran tv terbaru mereka, dikenali sebagai Saluran Berita RTM. Ia merupakan saluran kelima RTM selepas TV1, TV2, TV Okey dan RTM Sport.

Saluran Berita RTM boleh ditonton secara percuma dan ia bersiaran di saluran 123 di MYFreeview. Platform berita ini akan bersiaran tanpa henti, 24 jam sehari di dalam bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.



Pelancaran Saluran Berita RTM semalam telah disempurnakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah. Dalam ucapannya, saluran berita khusus oleh RTM ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk melawan berita palsu, terutama ketika wabak COVID-19 melanda.

Dengan membanjiri lebih banyak berita tepat dan fakta kepada masyarakat, ia diharap dapat membuka mata penonton sekaligus mengurangkan penyebaran berita palsu. Salah satu usaha yang telah dilakukan oleh RTM sebelum ini ialah seperti rancangan Pastikan Sahih, yang disiarkan pada hari kerja pukul 6.30 petang.



Tambah Saifuddin, Saluran Berita RTM akan memiliki 25 slot berita harian, 12 slot bual bicara setiap minggu, 5 berita perniagaan setiap hari serta dua program majalah mingguan. Walaupun saluran ini memberi fokus utama terhadap berita, ia akan turut menyiarkan dokumentari dari semasa ke semasa.

Sumber: Berita Harian, Berita RTM

Tags: Berita RTMSaifuddin Abdullah
Najib

Najib

POPULAR

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Saluran Berita RTM dilancar untuk siar lebih banyak berita benar dan melawan berita palsu

Saluran Berita RTM dilancar untuk siar lebih banyak berita benar dan melawan berita palsu

26 June 2020
Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

21 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER