• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tengku Zafrul minta peminjam bertanya bank untuk lanjutan moratorium

  • OLEH Najib
  • 11:09 am
  • 29/06/2020
  • Komen
Belum terima BPN? Daftar baharu atau buat rayuan sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyatakan, beliau berfikir cara yang terbaik untuk menyambung moratorium ialah dengan memberi tumpuan kepada kumpulan sasaran yang memerlukan. Sehubungan itu, peminjam perlu menghubungi bank lebih awal jika mereka merasakan bahawa mereka perlu menjadualkan semula pembayaran balik pinjaman mereka.

“Lanjutan moratorium bersasar akan diteliti oleh bank berdasarkan kes demi kes. Ini terutamanya bagi mereka yang kehilangan pekerjaan dan gaji berkurangan. Justeru, hubungi bank anda sekarang dan membuat penyusunan semula,” katanya.



Kerajaan semasa mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada bulan Mac, semua pinjaman bank oleh individu serta perusahaan kecil dan sederhana, diberi moratorium automatik selama 6 bulan, dari 1 April hingga 30 September 2020 tanpa caj tambahan.

Bagaimanapun pada bulan April, Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan kenyataan bahawa peminjam perlu memohon moratorium dari bank dan bersetuju dengan caj yang dikenakan, berbeza dengan apa yang diumumkan kerajaan sebelum itu. Kenyataan BNM ini disokong oleh Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM).



Di dalam bulan Mei pula, Menteri Kewangan membuat kenyataan media bahawa kerajaan telah mencapai kata sepakat dengan pihak bank bahawa tiada sebarang caj dikenakan sewaktu tempoh moratorium. Peminjam yang memilih untuk mengambil moratorium, hanya perlu menambah tempoh 6 bulan pinjaman selepas tamat moratorium.

Dengan pengumuman Menteri Kewangan hari ini, menunjukkan kerajaan tidak lagi akan campur tangan dalam isu moratorium selepas ini. Peminjam perlu membuat permohonan kepada pihak bank jika benar-benar tidak mampu membuat bayaran atas sebab-sebab yang munasabah.

Sumber: Bernama

Tags: bank negara malaysiamoratoriumPKPPTengku Zafrul
Najib

Najib

POPULAR

Belum terima BPN? Daftar baharu atau buat rayuan sekarang

Tengku Zafrul minta peminjam bertanya bank untuk lanjutan moratorium

29 June 2020
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN