• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Nova 7 5G miliki kuasa flagship di bawah RM2000

  • OLEH Najib
  • 11:28 am
  • 01/07/2020
  • Komen
Huawei Nova 7 5G miliki kuasa flagship di bawah RM2000
Share on FacebookShare on Twitter

Pada bulan Jun lepas, Huawei Malaysia telah membawa masuk telefon pintar 5G termurah, iaitu Huawei Nova 7 SE 5G. Ia merupakan salah satu dari keluarga Nova 7 yang diumumkan lebih awal, dengan prestasi kelas pertengahan. Kini abangnya yang lebih perkasa akan datang ke Malaysia pada bulan Julai ini.

Huawei Nova 7 5G adalah peranti yang lebih berkuasa dari Nova 7 SE 5G. Ini kerana ia dipasang cip kelas flagship, Kirin 985 5G yang memiliki modem 5G terbina di dalamnya. Walaupun harganya lebih mahal dari Nova 7 SE, Nova 7 5G boleh digelar telefon flagship 5G paling murah di Malaysia, menyaingi Poco F2 Pro.



Orang ramai boleh membeli Huawei Nova 7 5G di Malaysia pada harga RM1,999 sahaja. Ia akan mula dijual pada 7 Julai 2020, menerusi Stor Online Huawei yang akan mengadakan jualan pertengahan tahun. Pembeli terawal akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM1,571 iaitu:

  1. Sepasang speaker Bluetooth Huawei CM510 Mini
  2. Powerbank Supercharge Huawei AP09S 10,000mAh
  3. Casing Huawei Nova 7
  4. Storan awan Huawei Storage Cloud 15GB selama 12 bulan
  5. Pelbagai ganjaran di Huawei Member Center

Terdapat dua warna yang boleh dipilih untuk Nova 7 5G iaitu ungu dengan corak perkataan Nova, serta perak berkilauan. Seperti peranti Huawei baru yang lain, Nova 7 5G tidak disertakan perkhidmatan Google Mobile Services dan menggunakan Huawei AppGallery sebagai stor aplikasi.



Bercakap tentang prestasi, cip Kirin 985 5G memiliki teras ARM Cortex yang sama dengan Kirin 990 5G, tetapi bilangan dan kelajuan yang berbeza. Ia hanya ada 1 teras Cortex-A76 2.58GHz, berbanding 2 teras Cortex A-76 2.86GHz. Teras jimat tenaga A55 pula ada 4, dengan kelajuan 1.84GHz berbanding 1.95GHz di Kirin 990 5G. Bagusnya, Kirin 985 5G turut dibina dari proses 7nm yang lebih cekap tenaga.

Untuk harga RM1,999 ini, Huawei Malaysia memasang RAM sebanyak 8GB bersama storan dalaman 256GB di dalam Nova 7 5G. Bateri di dalamnya berkapasiti 4,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharge 40W melalui USB-C.

Skrin telefon ini berukuran 6.53-inci yang rata di sisi, dari jenis AMOLED dah resolusi HD Penuh. Pengimbas capjari turut terbina di dalam skrin ini.

Kamera belakangnya kelihatan hebat, menggandingkan kamera utama 64MP F1.8, kamera ultra lebar 8MP F2.4, kamera telefoto 8MP F2.4 dan kamera makro 2MP F2.4. Kamera hadapan yang terletak di dalam lubang di sudut atas skrin, memiliki resolusi 32MP dengan apertur F2.0. Walaupun ia boleh merakam video UHD 4K di kamera hadapan dan belakang, tiada penstabil imej dipasang pada kamera telefon ini.

Tags: 5gHuaweihuawei nova 7
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Huawei Nova 7 5G miliki kuasa flagship di bawah RM2000

Huawei Nova 7 5G miliki kuasa flagship di bawah RM2000

1 July 2020
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER