Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Diskaun bil elektrik sehingga 50% dilanjutkan 3 bulan lagi sampai Disember

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Shamsul Anuar Nasarah menyatakan bahawa kerajaan akan melanjutkan pemberian diskaun bil elektrik bagi semua pengguna domestik di seluruh negara, selama tiga bulan lagi sehingga 31 Disember 2020. Ia adalah lanjutan daripada diskaun yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum ini.

“Seramai 7.66 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia akan terus menikmati diskaun bil elektrik di antara 2% hingga 50% dari 1 Oktober sehingga 31 Disember 2020, sebagai lanjutan kepada diskaun elektrik yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin).

“Pelanjutan ini turut terpakai bagi pengguna elektrik dengan penggunaan di antara 601 hingga 900kWj yang mula mendapat diskaun 10 peratus di bawah Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) yang diumumkan oleh Kerajaan pada 20 Jun 2020.

“Pengguna domestik di Sabah dan Sarawak pula akan terus menerima diskaun bil elektrik sebanyak 2% sehingga 31 Disember 2020 yang akan memanfaatkan sekitar 520,000 pengguna di Sabah dan 580,000 pengguna di Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan.

Diskaun lanjutan selama tiga bulan ini akan ditanggung oleh dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) dengan anggaran sebanyak RM392 juta. Manakala bagi pengguna Sabah dan Sarawak, akan dibiayai oleh Kementerian Kewangan, dianggarkan sebanyak RM6 juta.

Pada bulan Mac, kerajaan mengumumkan bantuan Prihatin bagi bil elektrik, di mana pengguna domestik boleh mendapat diskaun sehingga 50% di dalam bil elektrik mereka, dari April hingga September. Bagaimanapun, ia menjadi huru-hara apabila pengguna menerima bil meter sebenar yang melambung berkali ganda pada bulan Jun.

Bagi membantu rakyat yang terkejut menerima lonjakan tinggi bil elektrik, kerajaan mengumumkan BPE untuk 3 bulan, dari April hingga Jun. Ia menjadikan pengguna dengan bil elektrik di bawah 300kWh sebulan, penggunaan elektrik percuma. Manakala pengguna melebihi 300kWh sebulan, akan menerima diskaun RM77. Sebanyak RM231 diskaun boleh diterima pengguna untuk tempoh 3 bulan tersebut.

BACA  Apple mahu beroperasi bebas karbon dengan tenaga boleh dibaharui dalam masa 10 tahun

Sumber: Malaysiakini