Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

PKM: Jangan terpedaya dengan baucar KFC percuma di Facebook

Pesanan Khidmat Masyarakat!

KFC merupakan satu jenama restoran makanan segera yang digemari ramai di Malaysia. Tetapi anda harus berjaga-jaga jika terlihat iklan KFC yang menggiurkan di Facebook. Ini kerana beberapa Facebook Page palsu berkaitan KFC, dilihat banyak dipromosikan kebelakangan ini dan ia bukanlah makanan sedap hingga menjilat jari yang anda fikirkan.

Taktik yang sama digunakan di semua Facebook Page palsu ini iaitu menggunakan nama “KFC Malaysia“. Pada iklan tersebut, ia menyatakan KFC menyambut ulangtahun ke-43 dan memberikan baucar KFC percuma jika anda mengisi borang kaji selidik.

Pendek cerita, page ini adalah palsu dengan Likes kurang dari 50. Sebagai perbandingan, page rasmi KFC malaysia memiliki lebih 55 juta Likes, termasuk negara lain. Bagi menjadikan page palsu ini lebih meyakinkan, ia menggunakan gambar profail dan banner yang sama seperti page KFC Malaysia yang asli.

Jika anda bersetuju mengisi borang kaji selidik tersebut dan melengkapkan kesemuanya, ia akan membawa anda kepada laman web lain yang meminta maklumat tambahan seperti nama, emel dan nombor telefon sebelum menerima baucer KFC. Laman web ini dengan jelas tidak diuruskan oleh KFC dan ia adalah laman web penipuan. Ia digunakan untuk mengumpul maklumat peribadi, bertujuan digunakan bagi aktiviti penipuan lain atau pemasaran yang tidak diminta.

Laporkan Facebook Page palsu

Jika anda melihat iklan atau page palsu KFC ini, anda boleh melaporkannya kepada Facebook dengan beberapa langkah mudah. Pergi ke page palsu tersebut dan tekan pada butang dengan tiga titik, kemudian pilih “Find Support or Report Page“. Seterusnya pilih “Scams and Fake Pages“, diikuti dengan “Pretending to be another business“. Akhir sekali, isikan URL Facebook yang sebenar.

BACA  Dapatkan topeng muka Razer percuma setiap hari di 7-Eleven

Kami telah cuba melaporkan page palsu ini pada hari Ahad lepas tetapi ia dilihat masih berada di Facebook. Masalah lebih besar ialah, Facebook meluluskan iklan palsu itu tanpa memeriksa kesahihan page tersebut. Sudah pasti ramai yang akan terpedaya akibat pengiklanan sebegini dan memberikan maklumat peribadi mereka tanpa disedari.

Facebook telah sekian lama dituduh sebagai ejen penghasut kebencian, dan mereka seperti tidak mengambil tindakan yang mencukupi untuk menentang penyebaran berita palsu. Walaupun Facebook berjanji untuk menghentikan aktiviti penipuan dan akaun palsu, tetapi ternyata ia tidak cukup berkesan.

Baru-baru ini, terdapat kempen “Stop Hate for Profit” telah digerakkan di Amerika Syarikat, di mana ia mahu memberi tekanan kepada Facebook untuk mengambil langkah drastik membendung masalah tersebut. Kempen ini telah menerima sambutan meluas, termasuk syarikat besar seperti Coca-Cola, Unilever, Microsoft, Honda, Adidas dan Starbucks di mana mereka memberhentikan pengiklanan di Facebook Ads bermula bulan Julai.