Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Digi, Maxis dan Celcom paling banyak didenda SKMM kerana prestasi kurang memuaskan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, pagi ini mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah mengeluarkan kompaun berjumlah RM4.6 juta kepada syarikat telekomunikasi di Malaysia. Sebanyak 92 kompaun dikeluarkan akibat pelbagai kesalahan kerana tidak mematuhi Standard Mandatori Bagi Kualiti Perkhidmatan (MSQoS).

Kompaun ini hanya setakat suku kedua tahun 2020. Tahun lepas, SKMM hanya mengeluarkan 26 kompaun bernilai RM960,000 atas kesalahan yang sama bagi sepanjang tahun 2019. Ini peningkatan lebih 5 kali ganda dan hanya untuk separuh tahun ini sahaja.

Digi mendahului syarikat paling banyak dikompaun, sebanyak 31 kompaun dengan nilai RM1.55 juta. Ia diikuti oleh Maxis dengan 28 kompaun dan Celcom sebanyak 24 kompaun.

Antara kesalahan yang dilakukan ialah prestasi penyelesaian aduan pengebilan, prestasi penyelsaian aduan bukan pengebilan dan standard prestasi pengendalian panggilan (talian hotline pelanggan).

Menurut SKMM, peningkatan jumlah kompaun ini mencerminkan ketegasan dan komitmen mereka dalam memastikan kualiti pengalaman pengguna sentiasa terjamin, sekaligus mengukuhkan keyakinan dan kebolehpercayaan pengguna terhadap industri komunikasi dan multimedia negara serta memastikan kemampanan industri terhadap kepentingan pengguna untuk jangka panjang.

Pihak SKMM akan terus bertindak tegas terhadap mereka yang gagal mengekalkan standard yang ditetapkan dalam AKM 1998, MSQoS dan Kod Pengguna Am. Mereka yang ingkar boleh didenda di bawah Seksyen 105(3) AKM 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum sebanyak RM100,000.00 bagi setiap kesalahan.

Pihak industri adalah disarankan agar meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi kepentingan pengguna dan seterusnya memperkukuhkan kepercayaan pelanggan terhadap perkhidmatan mereka.

Walaupun kompaun demi kompaun dikeluarkan oleh SKMM terhadap syarikat telekomunikasi, peningkatan kualiti perkhidmatan kurang dirasakan pengguna. Mungkin SKMM perlu memandang penalti dari sudut berbeza, agar syarikat lebih aktif memperbaiki perkhidmatan mereka.

BACA  SKMM hentikan perkhidmatan APP Gerak Malaysia pada 31 Julai 2020

Kepada pengguna, anda boleh memastikan hak anda menikmati perkhidmatan berkualiti terjaga. Buat aduan kepada CFM dan SKMM jika masalah anda tidak diselesaikan oleh syarikat telekomunikasi.

Sumber: SKMM